Pengumuman: Majlis Buka Puasa AROBA & SMKSA 2012

Tarikh: 11 Ogos 2012
Tempat: Surau SMKSA
Jam: Mula berkumpul 6 ptg sesi tahlil

Kita mengalu-alukan sumbangan sedeqah dan duit raya untuk majlis berbuka puasa bersama anak yatim ini.

YBhg Dato’ dan tuan-tuan boleh serahkan umbangan wang untuk majlis berbuka puasa dan duit raya melalui CIMB Bank 14310003225055. Sila SMS info deposit kepada AJK di bawah ini dengan menyatakan jumlah untuk majlis dan jumlah untuk duit raya anak yatim sebelum atau pada 9 Ogos 2011 agar AROBA dapat menyelaraskan pengurusan sumbangan kepada anak yatim dengan lancar. Sumbangan juga boleh disampaikan terus kepada anak yatim pada hari berkenaan atau kepada AJK di bawah.

Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah SWT dan semoga Allah murahkan rezki anda pada hari-hari mendatang.

Sila hubungi Setiausaha Hj Khairuddin 012 335 5314  Penolong Setiausaha Wak Rosli  019 335 3518, atau Hj Rusdi 019 387 6783, untuk keterangan lanjut. Majlis kali ini dikendalikan oleh bekas pelajar batch 1975-1979.

Semua bekas pelajar dijemput hadir. Jom kita bertemu semula sambil mera’ikan 15 orang anak yatim.

Jadual tentatif

  • 0600 – Ketibaan para tetamu
  • 0630 – Tahlil
  • 0730 – Berbuka puasa, Solat Maghrib, jamuan
  • 0845 – Solat  Isya dan Taraweeh
  • 0930 – Ucapan dan Penyampaian Sumbangan Duit Raya
  • 1030 – Bersurai
Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

LDP 2/2012 SMKSA di Jab. Arkib Negara bersama bekas pelajar

 

Posted in BERITA, GALERI FOTO | Leave a comment

Kunjungan hormat ke Arkib Negara

Posted in BERITA, GALERI FOTO | Leave a comment

Sukan SMKSA 2012: Perasmian oleh Jurulatih BolaSepak KL

Posted in BERITA, GALERI FOTO | Leave a comment

Lt. Kol. (B) Abdullah bin Dolmat (PGB) bekas Ampang Boys

Lt. Kol. (B)  Abdullah bin Dolmat, (410826) adalah bekas pelajar sekolah  Ampang (1964-1969).

Beliau mula berkhidmat sebagai tentera di dalam Regimen Askar Melayu DiRaja sebagai menuruti jejak langkah ayahnya menjadi anggota  pasukan keselamatan. Berasal dari Jasin, Melaka, diahirkan pada 4 Februari  1951, beliau merupakan anak yang ketiga daripada lapan orang adik-beradik. Bapa  beliau yang bernama Hj. Dolmat bin H). Abdul Latif merupakan anggota pasukan  keselamatan dan ibunya yang bernama Widaseh binti Darjo yang berasal dari Indonesia.

Mendapat pendidikan awal di  Sekolah Jalan Gurney 2 Kuala Lumpur dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Jalan Ampang Kuala Lumpur hingga ke Tingkatan Lima. Kemudian meneruskan pengajiannya di peringkat Diploma Sains Pengurusan dan akhir sekali dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA,  1 Wales).

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tunku Zakiyah Bte Tunku Muhd Rus yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan dan dikurnia dua orang puteri, Wan Dalina dan Wan  Allena.

Dalam susur galur kariernya, beliau bermula sebagai seorang pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah mengikuti Latihan Kadet Jangka Pendek Panggilan ke 18 di Maktab Tentera DiRaja pada Mei 1970. Beliau kemudiannya ditauliahkan sebagai seorang  pegawai muda pada 6 Mei 1971 ke Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang  herpangkalan di  Kepala Batas. Alor Setar, Kedah.

Beliau telah diamanahkan  satu tugas yang amat penting dalam karier beliau apabila mengetuai Operasi Cincang di kawasan Rantau Panjang, Sungai Moyan, Batu Kawa, Bahagian Pertama Sarawak pada 22 Oktober 1974 dan operasi ini telah membuahkan hasil yang cemerlang.  Di atas jasa dan keberanian beliau, Kol. (B) Abdullah Dolmat telah dianugerah Pingat Gagah Berani serta merta oleh D.Y.M..M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kelima, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Istana Negara.

Sila klik http://210.48.147.84/doc/abdullah_dolmat.pdf untuk membaca transkrip temubual antara pelajar UiTM dengan Lt. Kol. mengenai pengalaman beliau dalam Operasi Cincang di Sarawak 1974.

 

Posted in BERITA, PERSONALITI AROBA | 1 Comment

Foto Pengakap Kumpulan 53 (1972)

Sumbangan:   Nasirruzaman Abdul Rahman ( membership no 69 )

(Back L to R) ???, Zainol Sidek,Azmi, Nasir Rahman (owner), Abd Rashid
,???,Nasir Ahmad Pit , Ahmad Ngamin.

(Ctr L to R ) Saiful Bahari, Abdul Rashid ,??? ,???, Mior Rosdi ,???
,??? , Bakhtiar , ???.

(Front L to R ) Abd Rahman ,??? , Zainuddin ,Annuar , Mr.Tan , Mior
Rosli , Annuar , ???, ???.

[Maybe tuan bolih dapat kan nama2 ??? yg saya lupa ini dari Sdr Mior
Rosli yg mana saya agak ada dlm ingatan beliau. Juga terdapat dlm
gambar ini adik beliau Mior Rosdi (TLDM)

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Majlis Anugerah Cemerlang 28 April 2012

(Klik pada foto untuk saiz lebih besar)

Posted in BERITA, GALERI FOTO | Leave a comment

Sekitar Mesyuarat Agung AROBA 2012