Anda ada foto untuk dikongsi bersama?

Majlis Makan Malam AROBA 25 Feb 2012 pastinya menggamit memori dan nostalgia lama. Alangkah indahnya jika kita dapat melihat rakaman foto dan video yang ada pada tuan tuan. Jika tuan tuan sudi berkongsi sama foto lama, foto semasa zaman sekolah,dan video, sila hantarkan kepada webaroba.master@yahoo.com. Kerjasama tuan tuan adalah amat disanjung tinggi.

…akan ada lagi foto lain…dalam minggu ini

 

This entry was posted in PENGUMUMAN. Bookmark the permalink.

2 Responses to Anda ada foto untuk dikongsi bersama?

  1. Illya says:

    Petikan dari http://illyasalehudin.blogspot.com/2012/02/majlis-makan-malam-aroba-2012.html

    Alhamdullilah saya memanjangkan kesyukuran kehadrat Allah SWT buat pertama kali saya dapat menghadiri Majlis yang diadakan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Seri Ampang Kuala Lumpur/Selangor (AROBA) pada 25 Feb 2012 jam 8.00 malam yang diadakan di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.

    Melangkah masuk ke Ballroom saya disambut oleh penari-penari dari Pak Ngah Productions. Pak Ngah atau nama sebenarnya Dato’ Suhami Mohd Zain merupakan pelajar SSA tahun 1971 hingga 1975. Kemudian saya terus berjumpa Wan Salahuddin (1981-185) yang masih mengekalkan awet mudanya.

    Paling menarik saya berjumpa dengan jiran saya di Bandar Tun Hussein Onn (saudara Jamil). Hampir 12 tahun di BTHO tak tahu beliau juga merupakan pelajar SSA. Saya berjumpa juga dengan beberapa rakan yang bekerja dalam satu bangunan LTAT, pekerja Affin Bank yang merupakan pelajar SSA yang saya juga baru dapat tahu pada malam tersebut merupakan pelajar SSA. 24 tahun kami satu bangunan tapi tak tahu mereka adalah pelajar SSA.

    Ternampak meja tahun 1984, jadi saya duduk di situ, malangnya tak ramai rakan saya yang hadir. Batch 1980-1984 yang hadir Tok kadi kita Ustaz Abu Bukhari (terima kasih Ustaz kerana memastikan saya selesa berada di Dewan semalam kerana hampir 20 minit tak kelihatan rakan-rakan dari batch 1980-1984 kecuali Hassan Yusof, Dato’ Baderisham dan Dato’ Adi Munawar.

    Berborak lama lah juga saya dengan Baderisham pasal sekolah dan politik dan akhirnya muncul le tak sampai 10 orang rakan-rakan batch 1980 hingga 1984 dalam Majlis makan Malam Aroba. Doa dan harapan saya tahun depan Insyaallah akan diadakan Perayaan 50 Tahun SSA kita dapat hadir beramai-ramai.

    Alhamdullilah, saya diberi kesempatan untuk naik ke pentas tapi memandangkan jemputan adalah secara tiba-tiba saya tak sempat untuk menyediakan ucapan atau bual bicara yang menarik. Antara yang sempat saya kongsikan kepada rakan-rakan SSA adalah:

    1. Bagaimana bacaan doa bermula di SSA selepas menyanyi lagu Negaraku dan bagaimana bacaan doa juga bermula di Lembaga Tabung Angkatan Tentera selepas lagu Negaraku. Ianya bermula apabila seorang Cikgu yang bukan Islam ketika itu Encik Peter Paul Nunis mencadangkan kepada Uztaz (lupa pulak namanya tapi dah arawah pun Uztaz ini) di SSA supaya bacaan doa diadakan pada setiap permulaan perhimpunan sekolah iaitu sebelum lagu Negaraku. Dan apabila saya bekerja di LTAT pada tahun 1988 inilah yang saya kemukakan kepada Mesyuarat Bersama Jabatan dengan menceritakan pengalaman di Sekolah Seri Ampang dan walaupun pada mulanya idea saya ini tak diterima tetapi akhirnya diterima juga dan kekal hingga hari ini. Untuk makluman Encik Peter Paul Nunis akhirnya memeluk Islam sekitar tahun 1980 an dengan nama Encik Mohd Yunus Nunis. Hebat

    2. Bagaimana Puan Khamisah Penolong Kanan SSA pada tahu 1984 sebelum bermula acara merentas desa memperlekehkan saya dengan mengatakan awak kalahlah Illya…tak boleh menang punya. Tapi akhirnya saya dapat tempat ke 19 di mana hadiah berupa piala disediakan kepada pemenang tempat 1 hingga 20. Sebaik dapat piala tempat ke 19 saya terus bawa piala ke Puan Kamisah dengan berlagaknya. Puan Khamisah hari ini sudah bergelar Datin Khamisah dan masih kecil moleh macam dulu. Siapa tak lupa Datin yang suka mencubit ngam-ngam kat dada kami.

    Malam tersebut juga saya sempat berbual dengan Ketua Pengarah SPRM Dato’ Sri Abu Kassim Mohamed yang merupakan bekas pelajar sekolah Ampang 1973-1977. Insyaallah jika ada kesempatan saya ingin bertemu beliau lagi dan paling menarik pemandu beliau juga merupakan pelajar SSA. Katanya bila sebut SSA, ramai yang kata ini sekolah budak nakal tapi kita telah buktikan ramai pelajar SSA mejadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara.

    Saya juga sempat berborak dengan Cikgu Ainun yang pernah membawa kami (pustakawan SSA) ke pertandingan debat pustawan antara Sekolah Puteri Titiwangsa di mana SSA menjadi johan dan saya salah seorang daripada pendebatnya.

    Ramai rakan dari kalangan warga tentera juga yang bersekolah di SSA dan saya bangga dengan mereka kerana memegang jawatan-jawatan yang tinggi dalam ATM.

    Perjalanan keluar dari hotel ke parkir di Basement 1 saya sempat berbual dengan Cikgu Disiplin kami Cikgu Othman Kassim dan beliau hari ini lebih ceria orangnya dan katanya umurnya dah 59 tahun. Alahmdullilah beliau nampaknya begitu sihat dan bercakap pasal disiplin saya katakan pada beliau kalau dulu Cikgu rotan kami …pastikan (confirm) balik kami tak bagi tahu ayah kami sebab kalau di bagi tahu kami kena rotan dengan ayah kami tapi hari ini sebaliknya. Kalau cikgu rotan anak murid risiko besarnya cikgu pulak kena rotan dengan bapa murid. Kami bersetuju cara dahulu lebih baik dari sekarang di mana terbukti ramai pelajar SSA tahun 1980 an dan ke bawah ternyata tinggi disiplinnya.

    Dan insyaallah saya akan edit lagi penulisan di bawah tajuk MAJLIS MAKAN MALAM AROBA 2012bagi memasukkan beberapa nama lagi yang saya sempat berbual

  2. Jamaludin Bin Kamarudin says:

    W’salam,

    Untuk pengetahuan pihak tuan, nama sebenar saya Jamaludin Bin Kamarudin 1975 – 1977.
    Saya pun berasa amat berbangga kerana dijemput menghadiri Majlis Jamuan Ulangtahun ke10
    AROBA. Ia merupakan kali pertama saya menghadiri Majlis yang Indah lagi meriah.
    Moga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *