Sekapur sireh

ibrahim 2013Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Persahabatan merupakan kunci utama penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Seri Ampang Kuala Lumpur dan Selangor (AROBA). Permuafakatan, persefahaman dan hubungan erat menjadi petunjuk arah utama kepada penyatuan bekas pelajar dan perancanaan aktiviti yang dapat mengumpulkan kembali rakan taulan dan mengembalikan kenangan silam.

Justeru itulah AROBA menghasilkan sebuah Portal untuk tatapan semua.

Portal ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi beberapa aspek yang difikirkan dapat menjadi rujukan, pengkongsian ilmu dan mengembalikan nostalgia kepada semua ahli AROBA khasnya dan bekas pelajar Sekolah Seri Ampang serta masyarakat umum. Keseluruhan portal ini mencakupi Pengenalan AROBA, maklumat umum, rangkaian perniagaan, album kenangan,aktiviti AROBA dan pelbagai maklumat yang difikirkan dapat dimanfaatkan bersama.

Laman portal ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua ahli AROBA dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan aktiviti AROBA akan dapat dijayakan dengan lancar dan diharap mendapat sambut daripada semua ahli AROBA dan semua bekas pelajar Sekolah Seri Ampang.

Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan portal AROBA terutamanya kepada AJK yang terlibat.

Sekian.Terima Kasih.

“SEPAKAT BERSAMA AROBA “

Ibrahim Alias
Yang DiPertua
Persatuan Bekas Pelajar Seri Ampang (AROBA)
Kuala Lumpur dan Selangor

31 Jan 2009

8 Responses to Sekapur sireh

  1. ABD LATIFF ABD RAHMAN says:

    Sebenarnye saya baru terjumpa web page ni dari seorg kawan bekas sedarjah dgn saya. Saya sungguh gembira dan amat berharap dapat menjadii ahli AROB ni. Saya di ARBS 1965 to 1967 je; after that l dah kerja. Itu saja wish to meet all my friends in that yr above. arlatief@yahoo.com

  2. aroba says:

    Tuan Abd Latiff, terima kerana sudi melawat weblog AROBA ini. Kami amat berbangga dapat menemui bekas pelajar Ampang. Terima kasih kerana sudi menjadi AROBA. Tuan boleh hubungi Rusdi, Bendahari AROBA: rusdiratham@yahoo.com. Tuan bolek klik pada menu “Keahlian” untuk dapatkan borang permohonan keahlian AROBA. Insya’Allah semoga detik ini menjadi permulaan pertemuan tuan dengan rakan-rakan lama untuk meraikan nostalgia lama yang menjadi kenangan abadi. AROBA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 20 Mac 2011 di sekolah Ampang, dan diharapkan tuan akan dapat bertemu dengan rakan-rakan lama di hari itu.

  3. mansor abu bakar says:

    Salam Hormat buat Semua AJK dan Sahabat AROBA.

    Tahniah kerana dapat merangka Plan Annual Dinner 2012,

    Harapan kito bersamo ibarat kata…, Mano yang jauh, kito rapatkan, Mano yang rapat kito mesrokan, Mano yang mesro kito serasi-serasikan… alahai.

    Semoga Aturcara Majlis Makan AROBA ceria dan meriah dengan kehadiran dan sokongan semua.

    ” Potik Pauh Topi Pormatang,
    Jatuh Sebiji disambar Toman;
    Walaupun jauh Kito Tetap Datang,
    Nak Bertomu Tuan nan Baik Budiman.”

    Salam Santai, –
    Dj Mansor – Radio Selangor.
    Bukit Belachan,Ampang.
    Dis 2011.

  4. ismail hassan says:

    Salam,
    saya bekas pelajar 1965-1970(Ampang Road Boys School)Old Boys Association ini diberitahu olih pelajar junior ARBS.Form Teacher saya adalah Sultanah Perak Sekarang (dulu Puan Bainun Ali)
    Semoga saya dapat dihubungi untuk menjadi ahli bekas pelajar ARBS-Play The Game
    Salam

  5. Wan Sukri says:

    Teringin nak join majlis makan malam 10 tahun AROBA. Apakan daya masih di perantauan. Semoga sukses.

    Salam dari Frankfurt wms_sucre@yahoo.com
    Batch 1971-1975

  6. HASHIM KHALID says:

    salam semua,

    saya bekas pelajar tahun 94-99, saya tak tahu apa benda AROBA nie semasa tu saya terpandang sticker kerata kawan sekerja saya. Pada mula saya abaikan aje, bile saya baca surat kabar metro baru saya tahu AROBA (bekas sekolah ampang boy’s) kawan saya tu bekas pelajar tahun 80’a.

    Saya teringin nak join tapi pelajar saing2 saya xde dalam AROBA dalam fb ramai pelajar saing2 saya…camana cara nk join the club…wql_viva@yahoo.com

    • Thorpe Ali says:

      saudara Hashim , saya amat bebesar hati kerana ada juga pelajar tahun 94-99 menjenguk laman ini… sekurang2 nya nanti ada juga pelapis yang dapat menyemarakkan perjalanan persatuan ini… saya Thorpe Ali bekas pelajar 1973-1977 berharap sangat sekiranya dapat hadir di mesyuarat agung Aroba pada 31 mac 2012 di Dewan Sekolah Seri Ampang .. Jangan lupa ajak kwn2 lain untuk melihat sendiri perjalanan persatuan ini.

  7. Pelawat says:

    1) Memandangkan ramai bekas pelajar sekolah ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kerjaya yang memberangsangkan (ahli korporat, pendidik, etc) kenapa tidak di adakan kelas tuition percuma di dalam bidang masing-masing untuk murid-murid miskin dari sekolah ini?

    2) Kenapa tiada bekas pelajar yang berketurunan lain dari Melayu menjadi ahli?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *