Tarikh: 11 Ogos 2012
Tempat: Surau SMKSA
Jam: Mula berkumpul 6 ptg sesi tahlil
Kita mengalu-alukan sumbangan sedeqah dan duit raya untuk majlis berbuka puasa bersama anak yatim ini.
YBhg Dato’ dan tuan-tuan boleh serahkan umbangan wang untuk majlis berbuka puasa dan duit raya melalui CIMB Bank 14310003225055. Sila SMS info deposit kepada AJK di bawah ini dengan menyatakan jumlah untuk majlis dan jumlah untuk duit raya anak yatim sebelum atau pada 9 Ogos 2011 agar AROBA dapat menyelaraskan pengurusan sumbangan kepada anak yatim dengan lancar. Sumbangan juga boleh disampaikan terus kepada anak yatim pada hari berkenaan atau kepada AJK di bawah.
Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah SWT dan semoga Allah murahkan rezki anda pada hari-hari mendatang.
Sila hubungi Setiausaha Hj Khairuddin 012 335 5314 Penolong Setiausaha Wak Rosli 019 335 3518, atau Hj Rusdi 019 387 6783, untuk keterangan lanjut. Majlis kali ini dikendalikan oleh bekas pelajar batch 1975-1979.
Semua bekas pelajar dijemput hadir. Jom kita bertemu semula sambil mera’ikan 15 orang anak yatim.
Jadual tentatif
- 0600 – Ketibaan para tetamu
- 0630 – Tahlil
- 0730 – Berbuka puasa, Solat Maghrib, jamuan
- 0845 – Solat Isya dan Taraweeh
- 0930 – Ucapan dan Penyampaian Sumbangan Duit Raya
- 1030 – Bersurai