Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL

As salamu’alaikum. Semua rakan-rakan AROBA.. dukacita dimaklumkan bahawa mantan guru Sekolah Ampang, Cikgu Othman Kasim kini dalam keadaan koma di ICU Tkt 1, Wad Neuro HKL.

IMG-20150413-WA0059Beliau dimasukkan ke Wad ICU HKL pada lewat petang Rabu minggu lalu kerana diserang stroke di rumah dan mengakibatkan salur darah tersumbat di kepala dan telah menjalani pembedahan pada malam tersebut. Pembedahan kedua dilakukan pada hari Khamis. Kini keadaannya agak kritikal. Kepada yang kelapangan, silalah melawat beliau; dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau.

Alfatihah:

Pada jam 3.35 ptg 13 April 2015, Cikgu Osman Kassim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HKL. Semoga Allah ampuni segala kesalahannya dan menerimanya sebagai ahli syurga. Amin

This entry was posted in PENGUMUMAN. Bookmark the permalink.

5 Responses to Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL

  1. Mohd Saferi bin Hj Ahmad says:

    Semoga dipermudahkan segala urusan & segera sembuh. In Sya Allah.

  2. Mohd rangzaib bin Abdul Maroof says:

    Thanks for the info…..semoga cikgu othman cepat sembuh

  3. Mohd Yusri bin Abdul Manap 1984 says:

    Alfatihah. Seorang bekas guru yang berdedikasi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Takkziah kepada keluarga Allahyarham.

  4. Abdul Shukor bin ABdul Wahab says:

    Al-Fatihah .. saya berada di sisi arwah semasa pihak hospital menanggalkan alat bantuan pernafasan setelah mendapat persetujuan dari pihak keluarga beliau. Memang amat berat utk menerima hakikat tersebut dari seorang yang tegap semasa dialam persekolahan .. tetapi itulah hakikat kehidupan .. setiap yang hidup pasti akan melaluinya.

  5. ISMAIL HASHIM says:

    AL-FATIHAH… semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga keluarga beliau dapat menerima takdir ini dengan tabah…AMIN.. beliau adalah guru disiplin saya 1986-1990 dan juga guru kadet polis saya tahun 1989-1990

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *