As salamu’alaikum. Semua rakan-rakan AROBA.. dukacita dimaklumkan bahawa mantan guru Sekolah Ampang, Cikgu Othman Kasim kini dalam keadaan koma di ICU Tkt 1, Wad Neuro HKL.
Beliau dimasukkan ke Wad ICU HKL pada lewat petang Rabu minggu lalu kerana diserang stroke di rumah dan mengakibatkan salur darah tersumbat di kepala dan telah menjalani pembedahan pada malam tersebut. Pembedahan kedua dilakukan pada hari Khamis. Kini keadaannya agak kritikal. Kepada yang kelapangan, silalah melawat beliau; dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau.
Alfatihah:
Pada jam 3.35 ptg 13 April 2015, Cikgu Osman Kassim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HKL. Semoga Allah ampuni segala kesalahannya dan menerimanya sebagai ahli syurga. Amin