Berita Majlis Makan Malam Metro 24 Feb 2014

Metro 24 Feb 2014

Terima kasih Metro

Posted in BERITA | 1 Comment

Panggilan terakhir: Maklumat Biografi anda untuk buku Biografi 50 Tahun

last callJika anda berminat untuk memuatkan biografi anda dalam Buku Biografi Bekas Pelajar Ampang 50 Tahun, sila berikan maklumat berikut serta foto potrait kepada supyanhussin@gmail.com sebelum 28 Feb 2014

  • Nama
  • Pendidikan awal:
  • Pendidikan menengah
  • Jawatan, ahli persatuan, penglibatan ko-kurikulum semasa di sekolah Ampang:
  • Pendidikan tinggi:
  • Perkhidmatan yang pernah diceburi
  • Kini bertugas sebagai:

Buku ini akan dilancarkan di Majlis Makan Malam Sempena 50 Tahun Penubuhan Sekolah Ampang oleh VVIP.

 

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Kakitangan sekolah Ampang 1976

kakitangan sekolah ampang 1976

DYMM Tuanku Bainun, Permaisuri Sultan Perak, pernah mengajar di sekolah ini dari awal penubuhan sekolah hingga 1979.

Sumbangan. Wak Rosli

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Pementasan Drama di ARBS 1973: Polis menangkap kaki judi

Zaki1973 MCE Drama 1 20130723 1Drama lakonan kononnya Polis hendak menangkap budak Ampang yang kaki judi.

Para pelakon, Sabtu Kadir memegang daun terup;  Zul junior memakai uniform Polis (pakai baju Kadet), Datuk Adenan Maning (BSN), dan   Mohd Faszil Thani Abu Bakar (adik  Prof Dr Ahmad Zaki) yang memakai cermin mata dan yang bersongkok adalah budak Keramat (tidak diketahui nama)

Sumbangan: Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Abu Bakar

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Temasya sukan ARBS di Stadium Merdeka 1973

Zaki1973 Ampang Boys 20130723 1

Prof Ahmad Zaki di sebelah kiri bawa bendera Malaysia dengan Sarjan Sabtu Kadir dan sebelah kanan Dr Zulkifli.

Sumbangan:  Prof  Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Professor Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, bekas pelajar Ampang 1969

prof abu zaki

  • Pelajar Ampang Road Boys’ School (ARBS) KL 1969-1973
  • Semasa di ARBS, pernah memegang jawatan Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Korporal Kedet Polis, ahli Pengakap, ahli Kelab Drama;
  • PhD. in Electrical Engineering (Artificial Intelligence) (UTM), MSc. Computer Engineering (California Polytechnic State University, USA),  BSc. (Hons) Electronics Engineering (Essex University, UK),  Diploma in Electrical Engineering (Communication) (UTM)
  • Pernah berkhidmat sebagai Pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Pensyarah di UTM Kampus KL dan Kampus Induk JB selama 35 tahun
  • Novel beliau “Wira Persona Avatari” dianugerah Hadiah Sastera dan kini digunakan oleh KOMSAS
  • Kini bertugas sebagai Professor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Bidang kepakaran: Community Informatics – Multilingual Knowledge Management – Artificial Intelligence -Innovation – Entrepreneurship

Email: profzaki@utem.edu.my, profzaki@yahoo.com

Posted in PERSONALITI AROBA | Leave a comment

Berita Pertandingan Boling AROBA di Utusan Malaysia

IMG-20140215-WA0024

 

Terim kasih Utusan

Posted in BERITA | Leave a comment

Reduan Abdullah, bintang bola sepak kebangsaan, bekas Pelajar Ampang 1964

reduan abdullahReduan Abdullah, bekas pelajar Ampang 1964 (ARBS),

Memulakan persekolahan di Baru Road Primary School, Kuala Lumpur, kemudian ke sekolah menengah di Ampang Road Boys’ School (ARBS), Kuala Lumpur.   Selepas tamat sekolah, beliau mula bermain bola mewakili Selangor melawan boca junior, bermain bersama Maradona.

 

reduan abdullah mudaMenjadi pemain bola sepak Selangor 1972-1985 dan pemain bola sepak Malaysia 1973 -1978.

Beliau memakai Jersi No.6 untuk Gergasi Merah Kuning di antara tahun 1972-1986.

Beliau adalah antara bintang bola sepak negara yang bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan bersama Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun, dan Khalid Ali. Kini menjadi jurulatih pasukan bola sepak Perlis.

 

reduan abdulllah (3)

bola malaysia 1

bola malaysia 2 bola malaysia 3 bola malaysia 4 reduan abdulllah (2)

reduan abdulllah (4) reduan abdulllah (5) reduan abdulllah (6)

reduan abdullah 2

Tinggal kenangan… Reduan Abdullah (duduk, kanan sekali) bergambar bersama skuad bola sepak Selangor, turut kelihatan Allahyarham Mokhtar Dahari (tiga dari kanan). – Utusan/Zulkarnain Mohd Saidin

reduan selangor reduan  bola malaysia 5

 

Sumbangan: Sebahagian foto dari Reduan Abdullah

Posted in PERSONALITI AROBA | 3 Comments

Prof. Emeritus Ir Mohammad Zainal Bin Md Yusof

prof  mohamad zainalProf. Emeritus Ir Mohammad Zainal Bin Md Yusof

Beliau adalah kumpulan pelajarARBS  1965-1969, dan sempat belajar di bawah dua Guru Besar iaitu Encik Yong Kee Ming dan Mr. Fenandez dan Senior Assistant Mr Samuel.

Beliau  pernah menganggotai majlis pengawas dan menyandang tugas Setiausaha Kehormat pada 1969. Semasa di ARBS, beliau pernah mewakili sekolah dalam pasukan debat (Malay Section), hoki dan bola tampar, selain dari menyandang Ketua pasukan Rumah Biru pada 1969.

Selepas tamat sekolah Ampang, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda (1976) dan sarjana (1980) di Universiti of Strathclyde, United Kindom.  Ketika bertugas di UTHM, pernah menjawat Ketua Program,  Pusat Pengajian Siswazah (2000-2002), Timbalan Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Lama) (2002-2004), dan Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (2004-2006).

Sekarang beliau bertugas sebagai professor kontrak di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sehingga Mac 2015. Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh jurnal kebangsaan dan antarabangsa. Email beliau: mdzainal@uthm.edu.my. Maklumat lanjut boleh didapati  di http://community.uthm.edu.my/mdzainal

video prof mohd zainal

Lihat Video ini:

Posted in PERSONALITI AROBA | Leave a comment

Berita Pertandingan Boling AROBA dalam Harian Metro 13 Feb 2014

harian metro boling

Posted in BERITA | Leave a comment