AROBA Golf Tournament Nov 2013

AROBA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berikut di atas kesudian memberi sumbangan hadiah kepada AROBA Golf Tournament Nov 2013:

  • Malaysian Airline Systems
  • Firefly
  • Pak Ngah Production
  • NZ Wheel
  • Malaysian Palm Oil Corp
  • serta individu AROBA

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua peserta yang telah menjayakan tournament kali ini.

Posted in BERITA, GALERI FOTO | Leave a comment

Pertandingan GOLF Aroba 1 Dis 2013

images golf

golf-logo

Tarikh: 1 Disember 2013

Masa: T’off 1:30 tgh

Yuran: RM200.00 (Green Fee, Insurance & Dinner)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rusdi 019-387-6783

Sila muaturun borang ini  Borang Golf untuk pendaftaran dan hantarkan kepada rusdiratham@yahoo.com

Kami juga memohon jasa baik semua pihak yang sudi dan berminat untuk menyumbang (sponsor) dalam bentuk hadiah bagi menjayakan aktiviti ini. Surat AROBA Golf 2013 sponsor. Segala kerjasama dari tuan puan adalah amat dihargai.

 

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Terima kasih Pak Ngah kerana menjemput AROBA dalam Majlis Penyampaian Sijil Swatari 2013

Posted in BERITA | Leave a comment

Tahniah! Tan Sri Abu Kassim terima darjah kebesaran Brunei

abu-kassimKUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena ulang tahun baginda.

Abu Kassim menerima anugerah itu yang membawa gelaran Datuk Paduka di di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini.

Abu Kassim dalam kenyataan itu menyifatkan pengurniaan darjah tersebut sebagai satu penghargaan amat tinggi kepada dirinya, SPRM, rakyat dan kerajaan Malaysia keseluruhannya.

“Saya yakin pengurniaan DPMB ini akan mengeratkan hubungan dan kerjasama sedia terjalin antara SPRM dan Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei Darussalam sejak hampir sedekad lalu, dan juga hubungan kedua-dua Malaysia dan Brunei Darussalam,” katanya.

Abu Kassim berkata, kerjasama antara kedua-dua badan itu sejak sembilan tahun lalu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membincangkan perkongsian kaedah penyiasatan dan transformasi positif ke arah memantapkan keupayaan agensi-agensi pencegahan rasuah, terutama yang melibatkan jenayah merentas sempadan.

“Kerjasama SPRM dan BMR juga mendapat perhatian dalam laporan penilaian Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) yang dilapor sebagai antara amalan-amalan baik dipraktikkan SPRM dalam penguatkuasaan undang-undang memerangi rasuah,” katanya. – Bernama

http://news.abnxcess.com/bm/2013/09/tan-sri-abu-kassim-terima-darjah-kebesaran-brunei/

Posted in BERITA | Leave a comment

Sekitar Majlis Hari Raya AdilFitri AROBA 1 Sept 2013

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Pengumuman Majlis Sambutan Hari Raya ‘AidilFitri AROBA 2013

hari raya aroba

Posted in JOM BORAK | Leave a comment

Hi Tea X- SSA-80-84 1 Mei 2010

X-SSA80-84 sedang menjamu selera di Majlis Hi-Tea X-SSA80-84 yang diadakan pada 1.5.2010 di Dewan Orang Ramai Flat Jalan AU1A/1, Taman Seri Keramat

x 80 84 ssa

x 80 84 ssa (2)

x 80 84 ssa (1)

 

Posted in BERITA | Leave a comment

Kutipan derma dan sedeqah bulan Ramadan untuk mereka yang memerlukan

TABUNGAROBA menganjurkan kutipan derma dan sedeqah dalam kalangan ahli AROBA dan bekas pelajar yang berminat untuk membantu

  1. Anak-anak yatim di SMKSA
  2. Sdr Mohd Hadzmy Yaacob (bekas pelajar 80-84) yang sedang terlantar IJN dan hadapi sakit kritikal

Semua sumbangan boleh dibuat melalui akaun AROBA  dan kemudian memaklumkan melalui SMS kepada Saudara Rusdi 019 387 6783 jumlah sumbangan dan untuk siapa. Insya Allah AROBA akan sampaikan bagi pihak tuan.

sedeqahSemoga segala sumbangan tuan akan mendapat berkat Allah dan semoga tuan dirahmati olehNya

Nama Bank: CIMB
Untuk Akaun:  “PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH SERI AMPANG,
KUALA LUMPUR DAN SELANGOR” ATAU “AROBA”
No Akaun Bank: 14310003225055

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Salam Ramadan Al Mubarak

Pengumuman: Cadangan AROBA untuk mengadakan majlis berbuka puasa di SMKSA pada 27 Julai 2013 terpaksa dibatalkan kerana sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

AROBA merafak sembah menghadap DYMM Tuanku Bainun

Foto Kunjungan AROBA ke Istana Perak KL 2013

[Dari kiri ke kanan: Datin Halimah Ahmad, bekas guru sekolah petang (1975-1976), Tuan Haji Khairuddin Abdullah, Prof Madya Dr. Supyan Hussin, Ms June Leong, Bekas Guru Penyelia Petang ARBS (mula khidmat 1964), Brid. Jen. Dato’ Yusri Hj Anwar, YM Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah, En. Ibrahim Alias, DYMM Permaisuri Raja Perak Tuanku Bainun, Datuk  Ir. Abdul Kadir Md Din, Major (B) Hj Mior Rosli Bin Dato’ Hj Mior Mohd Jaafar, dan Dato’ Aziz Ishak]

25 Jun 2013. Kuala Lumpur. Pada hari ini wakil AROBA telah mengunjungi istana Sultan Perak di Kuala Lumpur bagi merafak sembah bertemu dengan DYMM Permaisuri  Raja Perak, Tuanku Bainun Mohd Ali.

Dalam sesi perbualan bersama DYMM Tuanku, yang turut ditemani oleh Ms June Leong dan  Datin Halimah Ahmad serta puteri Tuanku, Raja Eleena, pelbagai kisah nostalgia yang menarik ketika Tuanku berkhidmat sebagai guru di ARBS/SSA telah diimbas semula dan dikongsi bersama. Ketika itulah kegembiraan, keharuan, kebanggaan serta rasa teruja  terbayang pada wajah Tuanku mendengar kisah suda duka, pahit manis, dan kejayaan yang telah ditempah oleh bekas-bekas pelajar sekolah Ampang dalam bidang masing-masing.

Tuanku juga mengungkapkan beberapa kisah menarik pertemuan yang tidak diduga dengan ramai bekas pelajar  yang berkhidmat di dalam kerajaan dan swasta serta yang menceburkan diri dalam perniagaan di dalam dan luar negara. Dalam pada itu, Tuanku juga tidak pernah lupa bertanya khabar mengenai bekas-bekas guru ARBS/SSA yang pernah mengajar bersama Tuanku dan mengenai kedudukan sekolah Ampang ketika ini.

Rombongan AROBA berkesempatan berkongsi maklumat mengenai sejarah AROBA, aktiviti AROBA dan hasrat AROBA untuk melaksanakan beberapa projek bagi membantu pihak sekolah untuk jangka masa panjang. Sebelum berpisah, AROBA menyatakan hasrat menjemput Tuanku ke Majlis Makan Malam sempena ulangtahun penubuhan sekolah 50 tahun.

Pertemuan semula dengan Tuanku Bainun dan Ms June Leong adalah suatu rahmat bagi bekas pelajar yang pernah mendapat tunjukajar, nasihat, dan panduan dari guru yang mengajar mereka lebih 40 tahun yang lalu. Melihat dan mendengar kisah-kisah kejayaan anak didik sekolah Ampang menimbulkan rasa satu kepuasan yang tidak terhingga pada bekas guru-guru sekolah Ampang. Semoga Tuhan memberkati segala usaha guru-guru kita kerana mendidik kita menjadi manusia yang sedar akan harga sebuah kehidupan. Amin.

um aroba 2013

 

Utusan Malaysia 26 Jun 2013.

merafa sembah tuanku bainun 25613b merafak sembah tuanku bainun 25613a

Posted in BERITA | Leave a comment