Hj Adnan Abdul Latif

AROBA amat bertuah kerana masih terdapat bekas pelajar batch pertama Sekolah Ampang yang turut sama menjadi ahli AROBA baru-baru ini. Beliau ialah Tuan Hj Adnan Abdul Latif.

Pada tahun lalu, Tuan Hj Adnan telah terbaca pengumuman mengenai Majlis Hari Raya AROBA2010  di dalam akhbar tempatan, lantas beliau membuat keputusan untuk hadir bersama isteri dan seorang cucunya di sekolah yang pernah beliau tinggalkan 46 tahun yang lalu. Beliau merasa amat berbangga dan bertuah dapat kembali ke sekolah ini dan begitu gembira bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang lain di majlis berkenaan. Dalam wawancara bersama Hj Adnan di rumahnya di Ulu Yam Baru pada 11 Jan 2011, beliau menceritakan sejarah penubuhan Sekolah Ampang.

Sekolah ini telah bermula dengan sesi petang pada tahun 1962 dengan menumpang di Sekolah Jalan Shaw Kuala Lumpur. Pada tahun 1963, Sekolah Ampang menumpang pula di Sekolah Jalan Cochrane Kg. Pandan. Akhirnya pada tahun 1964 sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya di Jalan Ampang, iaitu tapak sekolah yang ada ketika ini. Hj Adnan mengikuti Kelas Tingkatan 2 di ARBS pada tahun 1964 dan tamat pengajian di Tingkatan 3 pada tahun 1965 dengan kelulusan LCE. Antara rakan lama ialah Salehuddin B. Shamsuddin dan Sumairi B. Taib (atau dikenali sebagai Wak)

Menurutnya lagi, beliau pernah berguru dengan Cikgu Bainun ketika itu, (kini Tuanku Bainun,  Raja Permaisuri Perak)   yang pernah mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris di ARBS sejak 1964 lagi. Menurut Tuan Haji Adnan, pada tahun 1964, terdapat 6 kelas Tingatan 2 dan setiap satu kelas terdiri daripada sekitar 40 orang pelajar.

Tuan Haji Adnan kini telah bersara. Mempunyai 4 orang anak dan 9 orang cucu. Hobi beliau sejak zaman mudanya ialah fotografi. Beliau masih menyimpan kamera-kamera lama yang dijaga dengan baik dan masih berfungsi lagi.

Hj Adnan bersetuju memberikan no HP beliau: 019-367-6387 untuk dihubungi oleh rakan-rakan lama.

(DSH)

Posted in KENANGAN MANIS, PERSONALITI AROBA | Leave a comment

Foto ARBS 1965

Berdiri barisan belakang, no. 1 dari kanan. Hj Adnan Abdul Latif. Nama-nama lain dalam foto ini ialah Hussin Kasbani, Sulaiman Arshad, Yahya, Yaakob Basiron, dan Abdul Razak. Semoga dengan adanya foto  ini, Tuan Hj Adnan akan bertemu dengan teman-teman lama ARBS dulu.

Sumber: Haji Adnan Abdul  Latif, 1965

Posted in Pathfinder 1965 | Leave a comment

Pengumuman Mesyuarat Agong AROBA 2011

AROBA akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 20 Mac 2011 bertempat di dewan Sekolah Me. Keb. Sri Ampang. Sila tandakan dalam kalendar anda masing-masing dan maklumkan kepada rakan-rakan agar kita semua dapat hadir  ke mesyuarat tersebut.

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Berita Oktober 2010

UTUSAN ONLINE ARKIB : 13/10/2010

Pak Ngah, Suhaimi dianugerah ijazah kehormat sarjana UPSI

TANJUNG MALIM 12 Okt. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganugerahkan ijazah kehormat kepada bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim sempena konvokesyen universiti itu yang akan bermula esok.

Dua lagi yang menerima ijazah kehormat ialah penulis lagu, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan penyair Suhaimi Muhammad.

Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun berkenan menganugerahkan ijazah kehormat tersebut pada Majlis Istiadat Konvokesyen Sidang Kedua di Dewan SITC di universiti itu.

Muhammad Ali dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Keusahawanan manakala Pak Ngah (Ijazah Kehormat Sarjana Muzik) dan Suhaimi dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Kesusasteraan Melayu.

Selain itu, UPSI turut menganugerahkan Profesor Emeritus kepada bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) universiti tersebut, Profesor Datuk Dr. Abu Bakar Nordin.

Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa UPSI dalam kenyataan akhbar hari ini memberitahu, penganugerahan ijazah kehormat kepada Muhammad Ali adalah kerana kegigihan, visi dan ciri-ciri keusahawanan mantap sehingga memacu Johor Corporation ke tahap cemerlang.

Menurutnya, Pak Ngah pula diberi anugerah itu kerana pembabitannya dalam dunia muzik terutama muzik dalam genre irama Malaysia.

Dalam pada itu, Suhaimi dianugerah ijazah berkenaan kerana terkenal dengan karya-karya yang bersifat sufisme dan aliran surealisme.

Suhaimi yang dianugerah S.E.A Write Awards 1995 di Bangkok oleh kerajaan Thailand telah menerbitkan lebih 25 kumpulan puisi perseorangan, tiga kumpulan cerpen perseorangan dan sebuah kumpulan esei/kritikan kesusasteraan.

Kenyataan itu menyebut, Abu Bakar dianugerahkan Profesor Emeritus kerana pengalaman beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum dipinjamkan ke UPSI sejak 1997.

Katanya, hasil penyelidikan beliau banyak dirakam dalam jurnal, buku, laporan penyelidikan dan prosiding persidangan.

Anak kelahiran Taiping itu kini sedang menghasilkan sebuah novel.

Sementara itu, kenyataan tersebut memberitahu, 5,207 pelajar UPSI akan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen tersebut.

Daripada jumlah itu, lima orang akan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), 130 ijazah sarjana, 2,654 menerima ijazah sarjana muda dan 2,418 orang akan menerima diploma pendidikan lepasan ijazah pelbagai bidang.

Beliau berkata, Anugerah Pelajaran Diraja dianugerahkan kepada Siti Habibah Juddin manakala Pingat Emas Canselor, Abu Hanifah Haris dan Hadiah Buku O.T Dusseck (See Yuin Lee).

Sementara itu, seorang graduan orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan dari Pulau Pinang, Yeoh Kok Soon akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Posted in BERITA | Leave a comment

Buka Puasa AROBA 2010

Majlis Berbuka Puasa AROBA bersama Anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim SHIFA’ Setapak, Kuala Lumpur, Tarikh : 28hb Ogos, 2010 bersamaan 18hb Ramadhan 1431H, Sabtu bertempat di sebuah Restoran Jalan Raja Mahadi Off Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru, Kuala Lumpur. (Sila klik pada foto untuk saiz besar)

Posted in BERITA | Leave a comment

Pengumuman: Buka Puasa AROBA dengan Anak Yatim

Assalamualaikum,

AROBA akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim SHIFA’ Setapak, Kuala Lumpur

Maklumat mengenai Majlis tersebut adalah saperti berikut:-

Tarikh : 28hb Ogos, 2010 bersamaan 18hb Ramadhan 1431H

Hari : Sabtu

Tempat : No.53, Jalan Raja Mahadi Off Jalan Raja Abdullah,
Kg. Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Masa : Majlis akan bermula dari jam 6:45 petang
Sembahyang Maghrib, Isya’ dan Terawikh akan diadakan
Di Surau Jalan Khatib Koyang (bersebelahan sahaja)

Kepada mereka yang ingin menjayakan majlis ini, kami mengalu-alukan sumbangan dari Ahli-Ahli yang Dermawan kerana bersedekah di bulan Puasa adalah di galakkan.

Sila hubungi Ahli-ahli berikut berkenaan dengan sumbangan tuan puan:-

Nama Ahli Tahun No. H/P
Sdr RUSDI RATHAM (1979) 019-3876783
Sdr SAHARUDDIN MOHD (1980) 012-2424992

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan terus kedalam akaun:-

AROBA di CIMB No. Akaun 1431 000 3225 055.

Sila SMSkan nama, jumlah, tarikh masuk akaun kepada Sdr RUSDI (Bendahari AROBA)

Kapada yang ingin hadhir pada hari tersebut, kami juga mengalu-alukan sumbangan juadah saperti kueh-mueh, buah-buahan dsb secara “PotLuck”. Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim boleh disumbangkan terus pada hari tersebut. Anggaran kehadiran anak-anak yatim seramai 30 orang

Terlebih dahulu, AJK AROBA ingin mengucapkan Ribuan Terima kasih kepada bakal-bakal penyumbang serta ahli-ahli AROBA dan keluarga yang akan hadir pada majlis tersebut.

Wassalam

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

GOLF AROBA 2010

Posted in BERITA | Leave a comment

Takwim 2010-2011

TAKWIM 2010-2011

25 – 27 Jun – Kem Kecemerlangan Bersama SMK Seri Ampang
04 Julai Ahad – Pertandingan GOLF AROBA 2010
21 Ogos Sabtu – Majlis Berbuka Puasa 1431H
02 Oktober Sabtu – Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1431H
31 Oktober Ahad – Pertandingan BOLING Ten Pin AROBA 2010
05 Disember Ahad – Pertandingan FUTSAL AROBA 2010
22 Januari, Sabtu – Majlis Makan Malam AROBA (10 Tahun Penubuhan)
20 Mac, Ahad – Mesyuarat Agung Tahunan AROBA 2011

Posted in BERITA | Leave a comment

Citrawarna 2010

AROBA berbangga melihat Dato Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) bekas ARBS 1974 bersama Jasni Mokhtar SSA 1977  (nama glamour Cicit) dan Man Long SSA 1980 terlibat mengendalikan  Citrawarna 1 Malaysia 2010 di Dataran Merdeka  yang disertai 40 murid murid SMK Seri Ampang.  Pak Ngah telah bersetuju menjemput pelajar sekolah Ampang untuk sama mengambil bahagian dalam  Citrawarna 1 Malaysia 2010 ini pada 22/5/2010 jam 8.30 malam diDataran Merdeka.

[Youtube=http://www.youtube.com/watch?v=6NNSSTgurqc]

Kome dari beberapa sites mengenai Citrawarna

Posted in BERITA | Leave a comment

AJK 2010-2011

Yang Di Pertua:En Ibrahim Alias
Naib Yang DiPertua:Tn. Hj Sheikh Mohd Nasir Sheikh Hassan
Setiausaha Kehormat: Tn Hj Khairudin Hj Abdullah
Pen. Setiausaha Kehormat: En Mohd Razak Hasan
Bendaharai Kehormat: En Rusdi Ratham
Pen. Bendahari Kehormat:En Halek Mohamed Afidi

Ahli Jawatankuasa Biasa:
1. Prof Madya Dr Supyan Husin
2. En Ramesh Sindiran
3. En Rosli Sulaiman
4. En Mohamad Yusof
5. En Wan Salahudin Wan Abdullah
6. En Sharif Yusof
7. En Mohd Saad Salleh
8. En Abdul Shukor Abdul Wahab
9. En Mohd Azwan Izhar
10. En Azman Long

Pemeriksa Kira-Kira
1. En Rosli Yunos
2. En Muhammad Hanifah Mutalib

Posted in AJK | 3 Comments