Sempena Ulangtahun Penubuhan AROBA 10 tahun, AROBA telah menerbitkan The AROBA Times yang merakamkan liputan sejarah dan aktiviti AROBA.
Klik butang kanan tetikus pada pautan di bawah, dan klik “open new tab”
Sempena Ulangtahun Penubuhan AROBA 10 tahun, AROBA telah menerbitkan The AROBA Times yang merakamkan liputan sejarah dan aktiviti AROBA.
Klik butang kanan tetikus pada pautan di bawah, dan klik “open new tab”
Ketua Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama Mior Rosdi Bin Dato’ Mior Mohd Jaafar (PAT KAT KMN ACM PJM PPS PPA mpa).
Beliau adalah bekas pelajar Ampang (1970-1974) dan juga merupakan adik kepada Major Mior Rosli, bekas pelajar Ampang (1969-1973).
Pelajar sekolah Ampang dan AROBA merasa bangga dengan kejayaan bekas pelajar Ampang yang kini sudah ramai memegang jawatan penting dalam negara.
Datuk Ibrahim Abdullah, bekas pelajar Ampang 1970-1974, kini telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Jerman. Kelihatan Timbalan Perdana Menteri sedang berbual mesra dengan Datuk Ibrahim (kanan). Tahniah Datuk! Kami bekas pelajar Ampang dan AROBA berbangga dengan kejayaan Datuk dan kami doakan selamat bertugas di Jerman.
Sumber: www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=577741
Lain- lain: http://www.bharian.com.my/articles/DutaBesarMalaysiakeJermanmahuhubunganantararakyatdipertingkat/Article/
Tahniah dan terima kasih kepada semua bekas pelajar Ampang yang berkesempatan hadir dalam Mesyuarat Agong AROBA ke 10 di dewan sekolah Ampang pada 20 Mac 2011. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau nama terkenalnya Pak Ngah. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan jayanya serta tamat 12.30 tengahari.
Pada perjumpaan kali ini, Datuk Ir. Abdul Kadir Din, CEO IWK ketika ini, telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas AROBA di atas jasa dan sumbangan beliau dalam memajukan AROBA. Anugerah khas ini disampaikan oleh Pak Ngah. Tahniah kepada Datuk Ir. Abd Kadir Din.
Setiap tahun apabila AROBA mengadakan Mesyurat Agung Tahunan, kita akan dapati ada bekas pelajar Ampang muncul satu demi satu dari masa ke semasa. Pada kali ini kita bertuah kerana En. Nurainal Noordin, bekas pelajar 1964-1968, iaitu antara pelajar lepasan Tingkatan 5, batch pertama sekolah ini, turut sama dalam mesyuarat kali ini. Beliau ditemani adiknya Coach Hasril Noordin, bekas pelajar Ampang 1971-1975, yang kini bertugas di Universiti Malaya. Kita berharap akan dapat menjejaki lebih ramai bekas pelajar Ampang selepas ini.
Klik foto untuk saiz besar.
Berita dan foto-foto lain akan dilaporkan dalam sedikit masa lagi.
Jika bekas pelajar Ampang ada kelapangan pada 19 Mac 2011, Sabtu, AROBA menjemput anda untuk sama-sama membantu mengemaskini Dewan sekolah mulai 3 ptg bagi persiapan Mesyuarat Agung Tahunan AROBA ke 10 pada 20 Mac 2011 (9pg-1230tgh).
SMKSA menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Majlis Akur Janji pada 11 Mac 2011 di Dewan sekolah bagi tujuan memusatkan tumpuan minda, emosi, dan sikap pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM untuk tahun 2011.
Majlis Bacaan Yaasin bermula jam 730pg dan dipimpin oleh Ustaz Nurrol AqmarUstaz dari SMKSA. Majlis behenti rehat dan kemudian disambung dengan Majlis Akur Janji yang melibatkan calon-calon yang akan mengambil peperiksaan penting pada tahun ini. Presiden AROBA, En. Ibrahim Alias, Ustaz Abu Bukhari (bekas pelajar Ampang dan kini bertugas sebagai jurunikah di kawasan Keramat AU), En. Rosli Sulaiman serta Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (UKM) turut sama hadhir selain daripada En. Sabri Ali, YDP PIBG sekolah bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada calon-calon.
Setelah Puan Guru Besar memberi ucapan alu-aluan dan nasihat kepada pelajar, Dr. Supyan telah dijemput untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar. Majlis diakhiri dengan pelajar berdiri dan membuat ikrar Akur Janji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan pada tahun ini. AROBA mendoakan pelajar-pelajar Ampang akan terus berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik di SMKSA ini. Selamat maju jaya!
Klik foto untuk saiz besar
Klik foto untuk saiz besar
Nama Guru Ms Francis. Ramlan B. Ag di barisan depan duduk paling kanan.
Sumber foto: Ramlan B. Ag






