Sekitar Majlis Buka Puasa AROBA 2017

Slide21 - Copy

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Majlis Berbuka Puasa AROBA 10 Jun 2017

Majlis Berbuka Puasa AROBA 2017

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Mesyuarat Agong Tahunan AROBA 26 Mac 2017

2017 AGM AROBA

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

5 AG SC 1976

5agsc-2-1976

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Hj Salehuddin B. Hj Shamsuddin, bekas pelajar Ampang 1962

20140226_222453

Tuan Hj Salehuddin B. Hj Shamsuddin adalah salah seorang bekas pelajar kumpulan pertama ARBS, bermula 1962.

Pihak AROBA merasa amat bertuah dapat bertemu dengan Tuan Hj Salehuddin kerana beliau masih menyimpan majalah sekolah ARBS yang pertama 1964 serta majalah sekolah 1965, 1966, dan 1967. Dalam lawatan pihak AROBA ke rumah beliau di Taman Tun Dr Ismail pada 26 Feb 2014, kita mendapati kesemua majalah koleksi masih dalam keadaan sempurna dan tidak rosak. Amat mengkagumkan. Beliau begitu cermat menjaga majalah berharga ini termasuklah beberapa keping foto hitam putih yang dirakamkan di sekolah. Pada bahagian belakang setiap sekeping gambar diletakkan label maklumat mengenai tajuk, masa, dan lokasi foto itu dirakam. Maklumat ini amat penting dan mempunyai nilai sejarah dan rujukan untuk mereka yang tahu menghargainya.

20140227_203418

Tuan Hj Salehuddin di lahirkan pada bulan Mac 1949.  Anak kepada seorang kakitangan kerajaan yang  berasal dari Perak dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur, beliau memulakan alam persekolahan rendah di Sekolah Melayu Perempuan Setapak KL (1956-1957), iaitu sesi petang yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Setelah itu beliau menyambung persekolahan di Sekolah Ren. Keb. Jalan Raja Muda, KL (1958-1960) dan Sekolah Keb. Gombak Lane, KL (1961).

Setelah tamat persekolahan rendah dalam aliran Melayu, beliau ikuti Remove Class di ARBS (beraliran Inggeris) yang menumpang  di Cochrane Road Secondary School 1962 dan seterusnya pada tahun 1963 barulah beliau berpindah ke Ampang Road Boys’ School hingga 1967.

Beliau menceritakan catatan menarik semasa belajar di sekolah ketika itu apabila beliau dikecualikan dari mengambil bahagian dalam kelas senaman (PE) yang dibimbing oleh Mr. Yip. Pada mulanya Mr Yip memarahi beliau kerana tidak mengetahui bahawa kesihatan Tuan Hj Salehuddin tidak membolehkan beliau bersenam bersama pelajar yang lain. Apabila melihat surat keterangan doktor mengenai Tuan Hj Salehuddin, barulah Mr Yip memahaminya dan membenarkan beliau duduk di tepi padang. Pada tahun yang 1963, beliau pernah menemani ibunya ke Mekah menunaikan fardhu haji, tetapi kesihatannya terjejas sehingga terpaksa berada di wad hospital sementara menunggu ibunya menyempurnakan ibadah haji. Syukur Allah bersama dengannya dan beliau selamat pulang ke tanah air bersama keluarga selepas selesai ibadah haji.

Tuan Hj Salehuddin mempunyai minat yang tinggi dalam bidang lukisan dan bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Semasa di ARBS beliau menyumbang lukisan mural dan lukisan-lukisan lain kepada sekolah selain daripada menjadi pelajar yang aktif di sekolah; beliau pernah memikul amanah sebagai Bendahari Kesatuan Seni Foto,  AJK Pertubuhan Bahasa Kebangsaan,  dan AJK National Language Club. Beliau juga mempunyai bakat menulis yang baik serta pernah menjadi Pemenang Pertama pertandingan menulis karangan di sekolah dan karangan beliau disiarkan dalam majalah sekolah.

Apabila tamat persekolahan di ARBS, beliau menyambung pengajian Tingkatan 6 di
Cyma College sebelum berkhidmat sebagai Trainee Executive di firma Perunding Insuran tempatan dan antarabangsa. Beliau kemudian mengkuti kursus insuran di United Kingdom. Pengalaman beliau yang luas dan mendalam dalam bidang insuran dari tahun 1974 hingga 2008 telah menjadikan beliau seorang yang berwibawa dan akhirnya dilantik sebagai Vice President, Insurance Institute  of Malaysia (1976 – 1979) dan AJK Insurance Brokers Association of  Malaysia 1975 – 1990.

Berumahtangga dengan seorang pensyarah di Institut Perguruan di Kuala Lumpur, Tuan Haji Salehuddin dikurniakan tiga orang anak lelaki. Tuan Haji Salehuddin dan isteri mempunyai minat yang tinggi dalam bahan sejarah. Tuan Haji mempunyai hobi mengumpul stem dan sampul surat hari pertama sejak dibangku sekolah lagi. Koleksi sampul surat pertamanya masih dalam keadaan cantik dan amat baik. Beliau menceritakan bagaimana beliau akan sentiasa bergegas ke Pejabat Pos setiap kali stem baru dikeluarkan bersama sampul surat hari pertama. Semua sampul surat hari pertama beliau  akan dipastikan dicop di pejabat pos pada hari pertama berkenaan. Inilah antara koleksi sampul surat hari pertama beliau.

sampul pertama stem

Rumah Tuan Hj Salehuddin dipenuhi dengan buku-buku,  dan termasuk dalam koleksinya, buku asal 1001 Nights yang sudah berusia lebih 70 tahun tetapi masih dalam keadaan baik dan boleh dibaca. Lebih menarik beliau masih menyimpan buku-buku arwah bapanya yang terkumpul semasa mereka sekeluarga berada di Ireland di awal tahun 50an. Malah tiket kapalterabang KLM ke Eropah pada tahun 1960an milik beliau juga masih disimpan dengan baik untuk kenang-kenangan. Selain daripada stem, sampul hari pertama, dan buku-buku, beliau juga mengumpul duit syiling dan duit nota lama Malaysia dan matawang lama dari luar negara.

Pihak AROBA merakamkan setinggi perhargaan kepada Tuan Hj Salehuddin yang bermurah hati meminjamkan majalah Pathfinder (1964-1967) dan koleksi foto lama yang berkaitan dengan sekolah untuk dimuatkan dalam blog AROBA. Kami akan memuatkan sebahagian besar foto-foto lama dari majalah berkenaan ke dalam blog AROBA. Sumbangan Tuan Hj Salehuddin kepada AROBA akan sentiasa dikenang dan semoga sumbangan Tuan Haji diberkati oleh Allah SWT.

Posted in PERSONALITI AROBA | Leave a comment

Khalid Ali, bintang bola sepak negara, bekas Ampang Boy

imageAbd Mohd Khalid Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali, bekas midfielder dalam pasukan bola sepak kebangsaan, dari tahun 1977 hingga 1983.

Beliau dilahirkan pada Mei 1957. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney 1, KL; pendidikan menengah di Ampang Road Boys’ School 1969-1971. Semasa di ARBS, mewakili negara dalam sukan bolasepak Asia di Bangkok dan Kuwait. Seterusnya beliau ke High School Setapak dan mewakili pasukan Selangor dalam Piala Burnley (Piala Razak. Mewakili pasukan bolasepak Selangor 1976-1985; Mewakili pasukan bolasepak Malaysia 1977-1985; Membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Moscow 1980; Kini usahawan dan pengkritik sukan.

khalidAntara kejayaan manis itu termasuklah menganggotai skuad Malaysia bimbingan Karl Heinz Weigang yang menjuarai Kumpulan 2 selain koleksi enam gol yang dijaringkan Khalid sepanjang pusingan Kelayakan Asia tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Paling mengejutkan adalah bagaimana perubahan posisi Khalid dari back kanan ke midfielder bertahan yang dilakukan oleh Weigang, menjadikan dirinya cukup digeruni pemain lawan seperti Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Beliau adalah anak kelima daripada sembilan adik beradik itu baru berusia 22 tahun semasa kejohanan berlangsung, bergandingan mantap dengan Datuk Shukur Salleh di bahagian tengah selain Datuk Abdah Alif serta Bakri Ibni. “Saya memulakan karier dengan Selangor dalam Piala Burnley kemudian Piala Malaysia sebagai back kanan sejak tahun 1975 tetapi Weigang menukar posisi saya ke bahagian midfileder bertahan yang terus melekat sehingga saya bersara,” kata Khalid.

khalid-1Khalid Ali menjaringkan hatrik bersama Hassan Sani ketika Malaysia membelasah Indonesia 6-1 selain dua gol ketika membenam Filipina 8-0 dan satu membolosi gawang Korea Selatan dalam kemenangan 3-0 untuk aksi liga. Namun seperti kesemua 19 rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, kemanisan itu bertukar pahit apabila Kerajaan Malaysia mengarahkan pemulauan Olimpik Moscow sebagai membantah percerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan

1980

rs_021 reduan-abdulllah-4

Piala Presiden Park 1977 di Seoul, Korea Selatan merupakan aksi sulung Khalid bersama skuad negara yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum memenangi tempat ketiga. Bersama Selangor, dia juga tidak pernah lekang dengan kejayaan seperti memenangi Piala Malaysia beberapa kali pada akhir era 70-an dengan menewaskan musuh tradisi, Singapura.

Khalid turut memiliki saudara bola sepak yang pernah menyarung jersi Selangor dan Malaysia seperti Hanafiah, Rahman dan Zainal Abidin Hassan. Khalid yang gemar berambut gaya afro ketika usia muda, sempat berkelana semusim ke Kuala Lumpur dari tahun 1981 hingga 1982 membantu pasukan tetangga Lembah Klang ini memenangi Piala Emas Raja-Raja. Kecederaan lutut yang dialami dalam satu pertandingan peringkat kelab telah memaksa Khalid menjalani perbedahan yang secara beransur-ansur membataskan prestasi terbaik pemain kelahiran ibu kota itu sebelum memilih untuk bersara pada tahun 1985.

Kini menjadi ahli usahawan dan pengkritik sukan tanahair.

khalid-ali-mhs-tv3

Khalid Ali bersama Reduan Abdullah (bintang bola sepak negara) dan Razif Ismail (bintang bola sepak Selangor dan WP), semuanya bekas Ampang Boy.

khalid (5)

Antara rujukan

http://raimi-90.blogspot.my/2016/01/legenda-bola-sepak-malaysia-khalid-ali.html

Posted in KENANGAN MANIS, PERSONALITI AROBA | Leave a comment

Tahniah! Awie, bekas Ampang Boy, mendapat Anugerah Datuk

screen-shot-2017-01-06-at-9-18-35-pmKUALA LUMPUR, 6 Jan: Vokalis kumpula Wings, Awie dianugerahkan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-86 bagi tahun 2017.

Awie, 48, menyifatkan penghargaan yang diberikan adalah permulaan yang baik sempena menyambut tahun baru dan rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

“Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.

“Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.

“Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

 

Sumber: BH Online

Posted in BERITA | Leave a comment

AROBA GOLF TOURNAMENT 13 Nov 2016

slide1 slide2 slide3 slide4 slide5 slide6 slide7 slide8 slide9 slide10 slide11 slide12 slide13 slide14

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

AROBA Golf Tournament 13 Nov 2016

3-golf-aroba-2016

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Crab ball game – legenda permainan Budak Ampang

Geng 1982 bola ketam 18 10 14

Lakon semula oleh Batch 1982

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment