Prof. Dr. Supyan Hussin

Personaliti AROBA: SUPYAN HUSSIN

Supyan Hussin, dilahirkan di Kedah, berada di sekolah ini dari 1974 hingga 1997. Beliau bermula dengan Tingkatan Peralihan (Remove Class) di Ampang Road Boys’ School pada tahun 1974 sebelum nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Seri Ampang pada tahun 1975.

Ketika di Tingkatan 1, beliau dilantik menjadi Ketua Pengawas untuk sesi petang. Pada sesi pagi di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, beliau terus diberikan amanah menjadi Pegawas bersama dengan beberapa pelajar lain sebagai golongan pelapis Pengawas di SSA.

Dalam ko-kurikulum, beliau mewakili sekolah dalam pasukan sepak takraw bawah umur 15 tahun, Bendahari Persatuan Bulan Sabit Merah (1997) dan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (1978). Beliau telah meninggalkan sekolah Ampang untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu di Melaka pada April 1978.

Setelah tamat pengajian sekolah menegah di Melaka, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Aminudin Baki sebelum meneruskan pengajian ke Seattle University, Washington (1981-1982) dan kemudian mengikuti pengajian ijazah B.Sc. (English)  pada tahun (1982-1985) dan M.A. (TESL) pada tahun (1985-1986) di   Northern Arizona University di Flagstaff Arizona.  Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai  guru di Sekolah Menengah Lelaki Methodist Sentul Kuala Lumpur (1986-1987).

Pada akhir 1987, beliau ditawarkan jawatan tutor di di Pusat Bahasa Universiti Kebangsaan Malaysia dan kemudian mendapat  tawaran menyambung pengajian Ph.D. di University of Illinois Urbana-Champaign pada tahun 1989. Setelah tamat pengajian pada tahun 1993,  beliau kembali bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa. Beliau juga pernah menjadi Ketua Jabatan Bahasa Asing di Pusat Pengajian Bahasa (1994-1995), Timbalan Dekan Fakulti Pengajian  Bahasa (1995-1999), Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (1999-2009), dan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti (2009-2013). Kemudian beliau bertugas sebagai Tim. Pengarah Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran UKM (2014-2017). Beliau masih berkhidmat di UKM hingga hari ini sebagai Profesor.

Beliau menjadi ahli AROBA pada tahun 2007 dengan nombor pendaftaran 258. Semasa berada dalam AROBA, beliau mengambil inisiatif untuk membantu Jawatankuasa AROBA mewujudkan weblog AROBA di aroba.com.my dan menjadi penyelenggara weblog AROBA hingga sekarang. Beliau menerima Anugerah Khas AROBA pada tahun 2008. Sejak itu beliau telah diberi amanah menjadi ahli jawatankuasa AROBA hingga sekarang. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh didapati di supyanhussin.wordpress.com.

This entry was posted in PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *