Pengumuman: MAJLIS HARI RAYA AROBA 2008

AROBA will subsidize some of the expenses in addition to the minimal fee of RM20.00/family for the Hari Raya event. Still, AROBA welcomes any member or company to sponsor this Hari Raya event partially. We need RM2000.00 more.

AROBA akan mengadakan Majlis Hari Raya ‘AidilFitri pada 26 Oktober 2008, 2-5 petang, di sekolah Ampang. Semua bekas pelajar, tanpa mengira latarbelakang dijemput hadir bersama keluarga.Yuran minima untuk menjayakan Majlis ini ialah RM20 satu keluarga.

AROBA mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi membiayai untuk (1) kerusi-meja RM200 (2) PA System RM200. Banner dan Backdrop kini ditaja oleh bekas pelajar dari INR – Inovasi Network Resources. Sehigga malam tadi 18 Okt 2008, mesyuarat AJK AROBA mencatkan tidak kurang dari 8 syarikat kecil (dari kalangan ahli AROBA) bersedia memberi sumbangan untuk menjaya Majlis Hari Raya kali ini. (Terima kasih) . Syarikat anda bila lagi?

AROBA juga mengharapkan bekas pelajar Ampang yang menjadi ahli AROBA dapat memaklumkan kepada kawan-kawan lain mengenai kedua-dua majlis ini dan menjemput mereka untuk turut sama. Semoga persahabatan lama dapat dihidupkan semula dan yang jauh didekatkan, yang dekat diserasikan, lantas nostalgia lama akan terus dihargai dan kekal dalam kenangan

This entry was posted in PENGUMUMAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *