Aziz Ishak, Ketua Pengarang UM

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan berkuat kuasa 1 Disember ini.

Beliau menggantikan Datuk Khalid Mohd. yang bersara pada 31 Oktober lalu. Aziz sebelum ini memangku jawatan tersebut sejak 29 Julai lalu berikutan Khalid bercuti menjelang persaraannya.

Pihak pengurusan dengan persetujuan pemegang saham utama Utusan Melayu (M) Berhad yang bermesyuarat semalam bersetuju dengan pelantikan Aziz.

Aziz, 44, berkhidmat dengan Kumpulan Utusan selama 24 tahun dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan sejak 1 Januari 2007.

Sebelum itu, beliau pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarang Utusan Malaysia dan Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia

———-
Info tambahan: Dato’ Aziz Ishak adalah bekas pelajar ARBS dan SMSA. Beliau pernah menerima Anugerh Khas AROBA 2010

This entry was posted in PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *