Majer Mior Rosdi dikurnia Datuk oleh Sultan Perak

Bekas pelajar Ampang 1970-1974

KUALA KANGSAR 26 April – Tiga Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Mereka ialah Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Laksamana Pertama Zaaim Hasan; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Mohd. Reza Mohd. Sany dan bekas Ketua Staf Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama Mior Rosdi Mior Mohd. Jaafar.

Zaaim sudah berkhidmat dengan TLDM selama 30 tahun manakala Mohd. Reza selama 31 tahun dan Mior Rosdi selama 34 tahun.

Selain itu, Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Che Ismail Md. Zain pula menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) manakala wartawan Utusan Malaysia, Ani Awang dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Perak, Noraini Ahmad menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Pada majlis penganugerahan hari ini, seramai 315 individu menerima darjah kebesaran serta pingat yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Mereka merupakan antara lebih 900 penerima darjah kebesaran serta pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Ke-83 tahun ini.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

One Response to Majer Mior Rosdi dikurnia Datuk oleh Sultan Perak

  1. Ahmad Kamal Bin Hj Awal Luddin (Pagawai Waren II Bersara TLDM) says:

    Assalammualai kum’ Datuk ,terutama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kapada Datuk kerana di anugerahkan pingat.Allamdulillah saya bershukur kerana Datuk dah bejaya dalam kerjaya TLDM.Dan tak ketinggalan saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada Datuk sekeluarga.Untuk pengetahuan Datuk saya telah menamatkan perkhidmatan pada feb 2008,dah 3 tahun belalu menjadi orang awam. Sekarang ni saya berniaga Laundry di Wangsa Maju dah lama saya men cari Datuk tapi tak kesempaian.Allamdulillah hari ni dapat jugak saya mencari Datuk degan izin allah amin…dah 3 tahun menjalani alam perniagaan, macam2 telah dilalui turun naik.dah menjadi adat resam dalam perniagaan,cuma hati kena berani dan tabah saja yang bolih menceburi dalam perniagaan ini,oh ya Datuk? sekarang Datuk duduk dimana? kalau di KL bolih saya datang beraya? kirim salam saya pada Datin ya Datuk? sya doakan satu hari nanti Datuk akan jadi Panglima ATM insyaallah mudah2an Amin……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *