Kunjungan hormat ke SPRM

27 Januari 2012. AROBA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri  Abu Kassim Mohamed di atas kesudian menerima kunjungan hormat dari AROBA ke pejabat beliau di Jalan Duta Kuala Lumpur pada petang tadi.  Dato’ Sri  Abu Kassim Mohamed adalah bekas pelajar sekolah Ampang 1973-1977.

Dalam pertemuan ringkas dan mesra sekitar sejam tersebut,  banyak kisah dan peristiwa nostalgia di sekolah Ampang yang diungkapkan  dan dikongsi bersama oleh Dato’ Sri  dan teman-teman dari AROBA.Thorpe (dua dari kiri) adalah rakan sekelas dengan Dato’ Sri.

AROBA juga sempat menyampaikan berita perkembangan AROBA secara ringkas termasuklah Majlis Makan Malam AROBA pada 25 Feb 2012.

 

This entry was posted in JOM BORAK. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *