Pengumuman: Persiapan Makan Malam SMKSA 50 tahun

tahniahPihak SMSKA telah bersetuju melantik AROBA sebagai event manager atau pengurus bagi mengendalikan Majlis Makan Malam SMKSA 50 tahun. Dengan kerjasama SMKSA, pihak Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan juga telah mengeluarkan surat kebenaran bertarik 13 Jun 2013 bagi SMKSA dengan kerjasama AROBA mengadakan Majlis tersebut.

Beberapa siri mesyuarat awal telah diadakan di Bohemia pada awal tahun ini bagi membincangkan pengendalian Majlis ini. Salah satu usul yang pernah dikemukakan sejak 10 tahun yang lalu iaitu untuk menjemput DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun untuk menjadi Penaung kepada Yayasan Tuanku Bainun dan kesudian Tuanku mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam turut dibincangkan.

Walaupun DYMM Tuanku Bainun tidak dapat bersama dalam Majlis Makan Malam AROBA 10 tahun pada 25 Feb 2012 lalu, AROBA tetap berusaha untuk merafak sembah berbincang dengan Tuanku mengenai penubuhan Yayasan Tuanku Bainun yang bertujuan mewujudkan dana bagi membantu kebajikan pelajar dan staf SMKSA dan urusan serta aktiviti SMKSA. Majlis Makan Malam SMKSA 50 tahun akan membuka tirai kepada penubuhan Yayasan Tuanku Bainun ini.

Pihak AROBA telah berjaya mengusahakan pertemuan bagi merafak sembah menghadap DYMM Tuanku Bainun pada 25 Jun 2013 ini. AROBA mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa orang ahli AROBA yang membantu dalam usaha ini.  Seramai 8 orang wakil dari AROBA telah dilantik oleh AJK AROBA dalam mesyuarat AJK AROBA 15 Jun 2013 untuk mengunjung istana hinggap Perak di Kuala Lumpur. Semoga pertemuan ini akan membuahkan kejayaan kita bersama.

AROBA menjemput semua bekas pelajar SMKSA yang sudi menjadi sukarelawan untuk menjadi ahli jawatankuasa pelaksanaan Majlis Makan Malam SMKSA 50 tahun. Sila hubungi:

Sdr Ibrahim Alias, 03 2691 4406 ; 019 330 5425
Yang DiPertua AROBA
Faks: 03 2691 0378

Hj Khairuddin  B.  Hj Abdullah   012 233 5314
Setiausaha Kehormat AROBA

Hj Rusdi Ratham  019 387 6783
Bendahari AROBA

This entry was posted in PENGUMUMAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *