Sempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Sultan Selangor ke 68, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed Abu Kassim, 53, telah dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran Datuk Setia.
Manakala Dato’ Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, telah dikurniakan anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk
Kedua-dua bekas pelajar sekolah Ampang ini adalah antara 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Keputeraan Ke-68 Sultan Selangor hari ini.
Bernama, 11 Disember, 2013.