Salam takziah kepada Datuk Aziz Ishak di atas pemergian bapanya

Al-fatihah

aziz ishakKUALA LUMPUR 14 Dis. – Bapa Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya di Jalan Madrasah, Gombak Setia, dekat sini malam tadi.

Ishak Yaakob, 75, yang dikesan menghidap penyakit itu kira-kira dua bulan lalu, meninggal dunia selepas waktu Isyak.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati dekat sini.

Aziz mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada jemaah masjid, jiran tetangga, sanak saudara, kenalan, pegawai dan kakitangan Kumpulan Utusan yang datang berziarah, menghadiri majlis pengebumian dan memberi ucapan takziah.

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *