Kunjungan hormat AROBA ke pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia

Putrajaya 4 April 2014: YDP AROBA En. Ibrahim Alias bersama En. Wan Salahudin Wan Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat, Dato’ Hj Mazlan Muhammad, Pengarah Bhg Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya pada pagi ini.

Tujuan kunjungan ialah bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh Pengarah ke atas Majlis Jamuan Makan Makan Malam Sempena Ulangtahun ke 50 Penubuhan Sekolah Ampang  pada 15 Mac 2014. Dato’ Hj. Mazlan telah turut sama hadir sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut.

IMG-20140404-WA0031

Dalam kunjungan ringkas ini, YDP telah sempat berbincang dengan Dato’ Hj Mazlan mengenai padang sekolah Ampang yang dikenali sebagai padang High Chaparral. Dato’ Hj. Mazlan telah menyatakan sokongan dan akan turut sama membantu usaha AROBA untuk membina komplek sukan sekolah di tapak padang High Chaparral tersebut.

Di akhir pertemuan ini, YDP telah menyampaikan cenderamata dan buku “Alumni Budak Ampang” kepada Dato’ Mazlan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *