AROBA ziarah Cikgu Datin Halimah di Ipoh

datin halimah

YBhg Datin Halimah, bekas guru sekolah Ampang (1974-1976), kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,  tidak dapat hadir bersama dalam Majlis Makan Malam Sempena 50 tahun penubuhan SMKSA walaupun pada awalnya bercadang untuk hadir.  YBhg Datin banyak membantu AROBA menyampaikan maklumat mengenai perkembangan AROBA dan Majlis Makan Malam tersebut kepada DYMM Tuanku Bainun, bekas guru sekolah SMKSA. YDP AROBA En. Ibrahim Alias dan Setiausaha Kehormat AROBA Hj Khairuddin Abdullah telah sempat menziarahi YBhg Datin dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan di atas segala sumbangan beliau kepada AROBA.

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *