Majlis Berbuka Puasa AROBA 2014 di Pak Ngah Production Cafe

Kuala Lumpur, 12 Julai 2014: Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sepertimana tahun-tahun lalu, AROBA mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim. Tahun ini Majlis diadakan di Pak Ngah Production Cafe. Sekitar 30 orang telah hadir bagi meraikan Majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh ahli AROBA, Ustaz Abu Bukhari, Imam Nikah AU Keramat, disusuli dengan berbuka puasa dan solat maghrib di Cafe. Setelah selesai makan malam, solat Isya dan Taraweeh pula disempurnakan secara berjamaah.

Majlis di akhiri dengan sesi sumbangan sedeqah kepada Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih dan Rumah Anak Yatim Baitul Kasih oleh AROBA dan sebuah badan NGO yang diwakili oleh Ahmad Shufaat. AROBA telah berjaya mengumpulkan sedeqah dari ahli AROBA sebanyak RM4000.00 dan menyumbang sebanyak RM2000.00 pada setiap Rumah Anak Yatim.

AROBA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma dan didoakan semoga Allah memberkati segala sumbangan dari ahli AROBA untuk anak-anak yatim. Terima kasih yang terhingga kepada Pak Ngah (Datuk Suhaimi) yang sudi menjadi tuan rumah kepada Majlis ini dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis berkenaan. Mudah-mudahan kita bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Slide1 Slide2 slide 3Slide4 Slide5 Slide6 Slide7 Slide8

solatSlide9 Slide10 Slide11 Slide12 Slide13 Slide14 Slide15

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *