KUALA LUMPUR, 6 Jan: Vokalis kumpula Wings, Awie dianugerahkan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-86 bagi tahun 2017.
Awie, 48, menyifatkan penghargaan yang diberikan adalah permulaan yang baik sempena menyambut tahun baru dan rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.
“Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.
“Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.
“Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,” katanya sebagaimana lapor BH Online.
Sumber: BH Online