Sejarah WINGS dan Sekolah Ampang di Wikipedia

Dari Wikipedia;

“Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock’N’Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti ‘sesayap’ (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang ‘Belenggu Irama’.

Lagu seperti ‘Belenggu Irama’, ‘Intan Ku Kesepian’ dan ‘Peronda Jaket Biru’ adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.

Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.”

Baca lagi di http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Wings

Posted in BERITA, KENANGAN MANIS | Leave a comment

Foto 3 AG 1 1977

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Foto 2 AG 2 1976

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Foto 1 AG1 1975

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Foto 5 Sc 2 1979

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Jawatankuasa AROBA 2011-2012

Ibrahim Alias                                      Yang Dipertua

Datuk  Ir. Abdul Kadir Md Din        Naib Yang Dipertua
Khairuddin Abdullah                         Setiausaha
Rosli Sulaiman                                    Pen. Setiausaha
Rusdi Ratham                                     Bendahari
Halek Mohd Afidi                               Pen. Bendahari

Ahli Jawatankuasa
Dr. Supyan Hussin
Mohamad Yusoff
Wan Salahudin Wan Abdullah
Mohd Sharif Yusof
Azman Long
Mohd Razak Hassan
Datuk  Baderisham Jolly
Mohamad Zamani Ismail
Bob Kamal Ariffin
Irwan Ezadi Chuari

Pemeriksa Kira-Kira
Hasril Nordin
Mohd Armiyn Abdul Aziz

Posted in AJK | 1 Comment

AROBA di Majlis Sukan Tahunan SMKSA ke 46

Tahniah kepada SMKSA yang telah berjaya mengadakan Majlis Sukan Tahunan pada 9 April 2011 di padang Komplek Sukan Kg. Pandan.

YBhg Datuk Johari Bin Abdul Ghani, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT), telah sudi merasmikan Majlis Sukan Tahunan SMKSA 2011. Pihak YPT telah membiayai kos sewa padang sukan pada tahun ini.

[Foto: YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani sedang bersalam dengan kontinjen sukan, diiringi oleh Puan Naemah Hassan Nordin, En Ibrahim Alias Presiden AROBA,  dan Encik Saberi Ali Yang Dipertua PIBG SMKSA, Sumber: http://joharighani.blogspot.com/2011/04/sukan-smk-seri-ampang-kali-ke-46.html]

AROBA  telah menghadiahkan dua piala kepada pihak sekolah untuk menjayakan Majlis Sukan Tahun kali ini iaitu Piala Olahragawan dan Piala Pusingan.


[Foto: Presiden AROBA En. Ibrahim (no. 2 dari kiri)  bersama YBhg Datuk Johari Bin Abdul Ghani (tengah) serta YDP PIBG SMKSA (paling kiri) bertemu pelajar yang mengambil bahagian dalam Majlis Sukan Tahunan 2011. Sumber: Facebook SMKSA]

Posted in BERITA | Leave a comment

Tahniah Dato’ Chan Chee Hong

AROBA mengucapkan tahniah! kepada Chan Chee Hong, bekas pelajar Ampang 1974-1979 yang dikurnia Dato’ dari DYMM Sultan Pahang baru-baru ini. Dato’ Chan pernah hadir beberapa program AROBA termasuk Majlis hari Raya AROBA  dan memberi sokongan moral kepada aktiviti AROBA.

Posted in BERITA | Leave a comment

The AROBA TIMES No. 1

Sempena Ulangtahun Penubuhan AROBA 10 tahun, AROBA telah menerbitkan The AROBA Times yang merakamkan liputan sejarah dan aktiviti AROBA.

Klik butang kanan tetikus pada pautan di bawah, dan klik “open new tab”

  • ISU KHAS 1DEKAD 1AROBA MAC 2011 (1) (flash format)
  • ISU KHAS 1DEKAD 1AROBA MAC 2011, (pdf format)
  • Posted in BERITA, KENANGAN MANIS | Leave a comment

    Ketua Markas Armada TLDM, bekas pelajar Ampang

    Ketua Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama Mior Rosdi Bin Dato’ Mior Mohd Jaafar (PAT KAT KMN ACM PJM PPS PPA mpa).

    Beliau adalah bekas pelajar Ampang (1970-1974) dan juga merupakan adik kepada Major Mior Rosli, bekas pelajar Ampang (1969-1973).

    Pelajar sekolah Ampang dan AROBA merasa bangga dengan kejayaan bekas pelajar Ampang yang kini sudah ramai memegang jawatan penting dalam negara.

    Posted in BERITA | Leave a comment