Prof. Dr. Supyan Hussin

Personaliti AROBA: SUPYAN HUSSIN

Supyan Hussin, dilahirkan di Kedah, berada di sekolah ini dari 1974 hingga 1997. Beliau bermula dengan Tingkatan Peralihan (Remove Class) di Ampang Road Boys’ School pada tahun 1974 sebelum nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Seri Ampang pada tahun 1975.

Ketika di Tingkatan 1, beliau dilantik menjadi Ketua Pengawas untuk sesi petang. Pada sesi pagi di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, beliau terus diberikan amanah menjadi Pegawas bersama dengan beberapa pelajar lain sebagai golongan pelapis Pengawas di SSA.

Dalam ko-kurikulum, beliau mewakili sekolah dalam pasukan sepak takraw bawah umur 15 tahun, Bendahari Persatuan Bulan Sabit Merah (1997) dan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (1978). Beliau telah meninggalkan sekolah Ampang untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu di Melaka pada April 1978.

Setelah tamat pengajian sekolah menegah di Melaka, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Aminudin Baki sebelum meneruskan pengajian ke Seattle University, Washington (1981-1982) dan kemudian mengikuti pengajian ijazah B.Sc. (English)  pada tahun (1982-1985) dan M.A. (TESL) pada tahun (1985-1986) di   Northern Arizona University di Flagstaff Arizona.  Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai  guru di Sekolah Menengah Lelaki Methodist Sentul Kuala Lumpur (1986-1987).

Pada akhir 1987, beliau ditawarkan jawatan tutor di di Pusat Bahasa Universiti Kebangsaan Malaysia dan kemudian mendapat  tawaran menyambung pengajian Ph.D. di University of Illinois Urbana-Champaign pada tahun 1989. Setelah tamat pengajian pada tahun 1993,  beliau kembali bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa. Beliau juga pernah menjadi Ketua Jabatan Bahasa Asing di Pusat Pengajian Bahasa (1994-1995), Timbalan Dekan Fakulti Pengajian  Bahasa (1995-1999), Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (1999-2009), dan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti (2009-2013). Kemudian beliau bertugas sebagai Tim. Pengarah Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran UKM (2014-2017). Beliau masih berkhidmat di UKM hingga hari ini sebagai Profesor.

Beliau menjadi ahli AROBA pada tahun 2007 dengan nombor pendaftaran 258. Semasa berada dalam AROBA, beliau mengambil inisiatif untuk membantu Jawatankuasa AROBA mewujudkan weblog AROBA di aroba.com.my dan menjadi penyelenggara weblog AROBA hingga sekarang. Beliau menerima Anugerah Khas AROBA pada tahun 2008. Sejak itu beliau telah diberi amanah menjadi ahli jawatankuasa AROBA hingga sekarang. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh didapati di supyanhussin.wordpress.com.

Posted in PERSONALITI AROBA | Leave a comment

Catatan Mesyuarat Agong AROBA 2008

Mesyuarat Agong Tahunan AROBA, telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Seri Ampang pada 30 Mac 2008. Seramai 93 ahli telah hadir. Bilangan ahli yang hadir tidak jauh beza dengan kehadiran dalam Mesyuarat Agong sebelumnya tetapi kelihatan ramai bekas pelajar yang muncul dan mendaftar sebagai ahli baru AROBA.

Tahniah! Kali ini 38 ahli baru telah mendaftar sebagai ahli AROBA! Manakala di kalangan ahli lama pula, terdapat fenomena on & off di mana ada ahli yang tidak sempat hadir pada yang mesyuarat yang lalu telah hadir kali ini; dan terdapat juga ahli yang pernah hadir pada mesyuarat lalu tidak muncul kali ini. Mungkin masing-masing ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Apapun, AROBA mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan mesyuarat kali ini. Apa yang menarik kali ini, Ustaz Shariff, Mr. Low, Mr. Peter Nunis (nama Islamnya Mohd Yunus) dan Pengerusi PIBG telah turut hadir. Ustaz Shariff telah diberi penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat AROBA 2008. Mr. Low and Mr. Peter Nunis juga diberi peluang untuk berucap; mereka kelihatan ceria , terharu tetapi bersemangat semasa menyampaikan ucapan disulami dengan kisah nostalgia masa lampau. Ketika menikmati jamuan ringan di kantin sekolah, kelihatan senyuman dan gelak ketawa serta keharuan di kalangan ahli yang bertukar berita dan bertanya kabar mengenai diri masing-masing dan rakan-rakan yang lain.

Pertemuan yang mencungkil semula nostalgia lama ini terlalu mahal harganya. Inilah antara ruang yang AROBA sediakan. Akan ada lagi sesi lain yang menemukan rakan-rakan AROBA nanti. Mesyuarat Agong 2008 juga telah memilih Prof. Madya Dr. Supyan Hussin sebagai penerima Anugerah Cemerlang Bekas Pelajar untuk kategori Akademik. Pada tahun 2007, Mesyuarat Agong AROBA telah memberi Anugerah Cemerlang Bekas Pelajar kepada Pak Ngah untuk kategori penggiat seni.

Posted in BERITA | Leave a comment

Golf Tournament AROBA 2008

Golf Tournament untuk ahli AROBA. 27 Julai 2008 Ahad. Mulai 1.30tgh. Nilai Spring. Yuran RM180.00. Kepada yang ingin bersama dengan kawan-kawan lama AROBA tetapi tidak bermain golf hanya perlu membayar yuran RM50.00.

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Dialog Terbuka Bersama AROBA 2008

Dialog Terbuka Bersama AROBA. 3 Mei 2008; 2.30-5.30ptg. Tempat: Kelab UK, Bukit Antarabangsa.

Susulan dari Mesyuarat Agong AROBA 2008, semua ahli AROBA dijemput hadir untuk berdialog bersama AJK AROBA untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk aktiviti AROBA, sumbangan AROBA kepada sekolah, jaringan perniagaan ahli AROBA, dan kerelevanan AROBA hari ini.

Sila (1) sahkan kehadiran anda sebelum 30 April 2008 agar urusetia dapat menyediakan makanan/minuman ringan dengan menghantar maklumat kepada samsudin_rahmatmian@yahoo.com.my atau SMS 019-387-6783 (Rosdi) atau 012-335-5314 (Hj Khairudin); (2) bawa bersama sekeping gambar potrait untuk kad ahli (3) pakaian kemas (casual). Pendaftaran percuma. Peta Kelab UK

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

New Straits Time 1979

Liputan akhbar (Sumber: Koleksi Rusdi Ratham)

Posted in BERITA, KENANGAN MANIS | Leave a comment

Hari Raya & Bowling 2005

Perjumpaan Hari Raya dan Pertandingan Bowling AROBA 2005, South City Plaza, Sg. Besi. (Sila klik foto untuk saiz besar)

Posted in BERITA | Leave a comment

Dinner AROBA 2001

Satu jamuan makan malam AROBA yang pertama telah diadakan pada tahun 2001

Posted in BERITA, KENANGAN MANIS | Leave a comment

Galeri

Galeri ialah ruang pemaparan foto ahli-ahli AROBA.  Anda boleh hantar  koleksi foto kepada Webmaster untuk dimuatkan di portal ini. Anda juga boleh memaklumkan kepada Webmaster jika anda ada meletakkan koleksi foto di blog atau Facebook supaya Webmaster boleh membuat salinan foto berkenaan untuk dipaparkan dalam webblog ini.

Sebahagian bekas pelajar sekolah Ampang berada dalam jaringan Facebook tetapi belum menjadi ahli AROBA. Bagaimanapun mereka sudi berkongsi foto lama dalam Facebook. Koleksi foto dalam Facebook amat menarik dan mengusik jiwa. Tetapi hanya mereka yang berada dalam jaringan Facebook AMPANG ROAD OLD BOYS’ ASSOCIATION sahaja yang dapat melihat koleksi foto berkenaan.

Bagi tujuan menjaga hakmilik dan privasi, Moderator hanya memaparkan koleksi foto lama di portal ini dengan izin daripada pemilik foto. Oleh itu, ahli AROBA dialu-alukan memberikan foto lama mereka kepada AROBA untuk diarkibkan. Kepada bekas pelajar yang belum menjadi ahli tetapi sudi untuk memberikan koleksi foto mereka kepada AROBA, anda boleh menghantar email serta foto atau weblog/website yang ada koleksi foto anda termasuk di Facebook, untuk dimasukkan dalam aroba.com.my.

Terima kasih.

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Batch Pelajar Ampang 1971-76

Bergambar di Banting. Kepasa sesiapa yang mengenali antara satu sama individu dalam gambar ini, sila hubungi jramlee.gmail.com. Sumber: Jr Ramlee (Klik foto utk saiz asal)

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Keahlian AROBA

Keahlian AROBA terbuka kepada semua bekas pelajar ARBS, SSA, dan SMKSA.  Untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Agung Tahunan AROBA, semua ahli hendaklah menjelaskan yuran keahlian.

Sila copy borang di bawah ini dan paste pada kotak leave a reply di bawah, isik.an tempat kosong, dan klik submit. Atau anda boleh juga klik pada  Borang KeAhlian AROBA baru versi 032012 dan isikan serta pos atau faks kepada AROBA,

———————————————mula borang ———————————

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN


PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH SERI AMPANG,  K
UALA LUMPUR DAN SELANGOR

Bahagian A: Latar

  1. Nama Penuh (Ikut seperti dalam Kad Pengenalan):
  2. No. KP: (Baru).                                                                        (Lama)
  3. Alamat Rumah:
  4. Alamat Surat menyurat:
  5. No. Tel. (Rumah):
  6. No. Tel. Bimbit:
  7. No. Faks.:
  8. E-mail:
  9. Website, blog:

Bahagian B: Profesion

  1. Bidang kepaaran
  2. Nama Majikan:
  3. Jawatan Terkini:
  4. Alamat Pejabat:
  5. No. Tel:
  6. No. Faks:
Bahagian C: Pendidikan
  1. Tahun Masuk SMK Seri Ampang:               Tingkatan:
  2. Tahun Tamat SMK Seri Ampang:               Tingkatan:
  3. Kelulusan Akademik Tertinggi:
Bahagian D: Yuran
  1. Pendaftaran Ahli: RM10.00
  2. Yuran Tahunan Ahli : RM24.00
  3. Yuran Ahli Seumumr: RM RM500
  4. Bayaran boleh dibuat melalui pos, deposit ke CIMB akaun, dan cek

Saya memilih untuk menjadi ahli:  1? atau 2?
Jumlah yuran saya RM10 + RM…………………..= RM………………

Pengakuan: Saya mengaku bahawa segala maklumat yang saya beri adalah benar dan saya akan mematuhi segala peraturan di dalam buku Undangundang Kecil Persatuan.

———————————————akhir borang ———————————————-

[Nota: Permohonan keahlian akan diproses setelah yuran diterima. Sekiranya anda telah deposit terus ke dalam akaun AROBA di CIMB, sila berikan maklumat, nama, no. KP, tarikh deposit, jumlah, dan no. rujukan (slip)]

account aroba

Tel: 03 2691 4406
Faks: 03 2691 0378

Bendahari: Rusdi Ratham 019 387 6783 atau rusdiratham@yahoo.com
Email: Pen. SU: aroba01@gmail.com

Posted in KEAHLIAN | 15 Comments