Cari:
Menu
- AJK (5)
- BERITA (109)
- GALERI FOTO (218)
- GALERI VIDEO (4)
- JOM BORAK (14)
- KEAHLIAN (3)
- KENANGAN MANIS (15)
- LUAHAN DARI ANDA (1)
- Patfhfinder 1964 (2)
- Pathfinder 1965 (6)
- Pathfinder 1966 (4)
- Pathfinder 1967 (8)
- Pathfinder 1977 (42)
- Pathfinder 1978 (30)
- Pathfinder 1981-1985 (77)
- PENGUMUMAN (80)
- PERSONALITI AROBA (23)
- RAKAN BISNES (1)
- REUNION (7)
- URUSAN PEJABAT (1)
Ahli AROBA Seumur Hidup
1. Ibrahim Alias
2. Dato' Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)
3. Datuk' Ir Abdul Kadir Din
4. Tan Sri Abu Kassim
5. Mohd Ariff Rakinan
6. Megat Hishamuddin Megat Yaakub
7. Shukri Abdul Ghani
8. Hj Khairuddin Hj Abdullah
9. Syeikh Mohd Nasir Syeikh Hassan
10. Hassan Yusof-
Input Terkini
- Perasmian Galeri SMKSA oleh Tan Sri Acry Sani, KPN 26 Ogos 2024
- Kejayaan sekolah yang tertangguh…
- Dato’ Awie Ampang Boy…siri pulang ke gagang
- Inisiatif projek pangkalan data bekas pelajar sekolah Ampang oleh pihak sekolah
- Kunjungan hormat ke SMKSA dan galeri khas alumni 17.10.24
- Sekitar Majlis Hari Raya ‘Aidilfitri AROBA 2024
- Selamat Hari Raya Aidlfitri 2024
- Sekitar Reunion Ampang Boys Batch 1994 di KL 9/`12/23
- Bersama cikgu Kamisah santai sembang makan tengahari di Rebung Restoran 11 Okt 2023
- Mesyuarat pertama Ahli jawatankuasa sesi 2023-2025, 9 Sept 2023
- Sumbangan ahli AROBA kepada golongan asnaf di Ampang Boys Julai 2023
- Koleksi Foto 2 Majlis Hari Raya Adilfitri AROBA 2023
- Koleksi Foto 1 Majlis Hari Raya Aidil Fitri Ampang Boys Mei 2023
- Perasmian Galeri SMK Seri Ampang oleh KPN Tan Sri Acryl Sani
- Salam ‘AidilFitri 1 Syawwal 1443 AROBA
- Selamat menyambut puasa Ramadan 1443 H
- Sumbangan makanan kering untuk masyarakat dari Ahli AROBA diwakili oleh YDP AROBA
- Tahniah! Ketua Polis Negara
- Notis panggilan AGM AROBA 2021
- AGM AROBA 20 Sept 2020
- Selamat datang ke AGM AROBA 20 Sept 20
- Tahniah, Datuk Acryl, old ampang boy
- Welcome to AROBA Annual General Meeting 22 March 2020.
- Setinggi-tinggi Tahniah Datuk Jamaludin Othman
- AROBA FUTSAL COMPETITION 18 Jan 2020
- Sekitar Hari Raya AROBA 2019
- Pengumuman: Jemputan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri AROBA 2009
- AGM AROBA 23 Mac 2019
- YDP AROBA sebagai Pegawai Pelepas Kejohanan Merentas Desa SMK Seri Ampang 31 Jan 2019
- Majlis Belasungkawa Pak Ngah 26 Nov 2018 UKM
- Majlis Graduasi. SMK Seri Ampang KL 2018
- Majlis Anugerah Ko-Kurikulum SMK Seri Ampang 2018, Reduan Abdullah
- Ceramah Patriotisme 12 Sept 2018 oleh Dato’ Ibrahim Abdullah
- LDP 3- Pemikiran Kritikal, Pengurusan Perubahan & Strategi oleh Brig Jen Yusri Anwar
- Ketua Pengarah LKIM adalah mantan Ampang Boy
- Perasmian Wall of Fames AROBA SMK Ampang 17/08/18
- Majlis Hari Raya AROBA 2018
- KENYATAAN MEDIA: PERASMIAN BILIK MEDIA TAN SRI ABU KASSIM
- Sambutan Hari Raya ‘Adil dan Perasmian Bilik Wall of Fames
- Sekitar AGM AROBA 2018
- Mesyuarat Agung Tahunan AROBA 2018
- Renion of 1973 batch Ampang Boys
- Sekitar AROBA GOLF Tournament 2017
- AROBA Golf Tournament 20 Nov 17
- Tahniah Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) !
- Majlis graduasi SMKSA 2017, tetamu Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar
- Sekitar Majlis Hari Raya AROBA 2017
- Jom ke Majlis Hari Raya ‘Aidilfitri AROBA 2017
- Sekitar Majlis Buka Puasa AROBA 2017
- Majlis Berbuka Puasa AROBA 10 Jun 2017
Komen Pelawat
- Abu Hashim Mat Isa on Semua bekas pelajar Ampang dipersilakan….
- KHAIRUL AZWAM BIN KAMARUZAMAN on Reduan Abdullah, bintang bola sepak kebangsaan, bekas Pelajar Ampang 1964
- Dayan on Foto Pengawas Sekolah 1987
- Nor Azmi Bin Abdul Rahman on 5 SC 1 1988
- Nor Azmi Bin Abdul Rahman on Foto Pengawas Sekolah 1988
- Ar Kamaruddin bin Mohd Arshad on Sejarah
- SHEIKH MANSUR BASMEIH on Notis panggilan AGM AROBA 2021
- Jamaludin Othman on Setinggi-tinggi Tahniah Datuk Jamaludin Othman
- ABDUL SALEEM BIN ABDUL HAQUE on Sejarah
- Peter Paul Nunis aka Hj Mohd Yunus Nunis on Selamat datang ke AGM AROBA 20 Sept 20
- C.P.Sivam on Perpustakawan 1989
- ABDULLAH BIN DOLMAT on Lt. Kol. (B) Abdullah bin Dolmat (PGB) bekas Ampang Boys
- aroba on LDP 3- Pemikiran Kritikal, Pengurusan Perubahan & Strategi oleh Brig Jen Yusri Anwar
- Sulaiman bin sapuan on LDP 3- Pemikiran Kritikal, Pengurusan Perubahan & Strategi oleh Brig Jen Yusri Anwar
- Zaharullail Ab Rahman on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Zaharullail Ab Rahman on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Ismail Baharom on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Ismail Baharom on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Ismail Baharom on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Ismail Baharom on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Mas Sabran on Pak Ngah, Datuk Suhaimi Mohd Zain
- A. Hamid Mohamad on Batch 1964-1969
- A. Hamid Mohamad on Batch 1964-1969
- A. Hamid Mohamad on Form 2F Ms Chen Moi Moi 1964
- HUSEN BIN YUSOF on Mesyuarat Agung Tahunan AROBA 2018
- Hj. Suhaimi b. Ali Ahmad on Tahniah Datuk Ibrahim Abdullah, Duta Malaysia ke Perancis
- Hj. Suhaimi b. Ali Ahmad on Tahniah Datuk Ibrahim Abdullah, Duta Malaysia ke Perancis
- Zainuddin Mohd Shah on Renion of 1973 batch Ampang Boys
- S Siva Ahnantham on Keahlian AROBA
- S Siva Ahnantham on Renion of 1973 batch Ampang Boys
- S Siva Ahnantham on Renion of 1973 batch Ampang Boys
- ISMAIL BIN BAHAROM on Keahlian AROBA
- Zulkiffli Bin Mohd on Sejarah
- MAZLAN DOMAT SHAHRUDDIN on Borang permohonan
- Suhaimi basiron on Senarai ahli AROBA
- ahmad arzmy on Persatuan Sejarah Tahun 1978
- Rahmat Abdul Rahman on Rakan Bisnes
- aroba on Senarai ahli AROBA
- MAZLAN BIN DOMAT SHAHRUDDIN on Senarai ahli AROBA
- Roslan Mohammad...a.k.a Lan Panjang on Sejarah
- RAMLAN GANI on Borang permohonan
- Arni on Album 4: Guru-guru yang hadhir MMM Ulangtahun 50 tahun Penubuhan Sekolah
- anonymous on Dari Nursyuhadah Bt Zurkarnain
- anonymous on Dari Nursyuhadah Bt Zurkarnain
- anonymous on Dari Nursyuhadah Bt Zurkarnain
- anonymous on Dari Nursyuhadah Bt Zurkarnain
- anonymous on Dari Nursyuhadah Bt Zurkarnain
- Wan Batch 82-86 on Pertandingan Bowling Piala AROBA 28 Feb 2016
- Sulaiman Bin Mohamed on Keahlian AROBA
- ISMAIL HASHIM on Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL
- Buck on 1st Reunion of 53rd KL Ex-Scouts of Ampang Boys 1967-1982
- Abdul Shukor bin ABdul Wahab on Majlis Sambutan Hari Raya Batch 80-84 di Dewan MPAJ 15 Ogos 2015
- Abdul Shukor bin ABdul Wahab on Majlis Sambutan Hari Raya Batch 80-84 di Dewan MPAJ 15 Ogos 2015
- Lt Kol Mohd Yusri Bin Abdul Manap 1984 on Majlis Sambutan Hari Raya Batch 80-84 di Dewan MPAJ 15 Ogos 2015
- Abdul Shukor bin ABdul Wahab on Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL
- Abdul Shukor bin ABdul Wahab on Lembaga Pengawas 1984 1981-1985
- Shahruddin Abdul Azam (Din Tapa Baginda) on Sekitar Majlis Hari Raya ‘Aidilfitri AROBA 2 Ogos 2015
- Lt Kol Mohd Yusri Bin Abdul Manap1984 on Lembaga Pengawas 1984 1981-1985
- Mohd Yusri bin Abdul Manap 1984 on Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL
- Mejar Hj Mior Rosli bin Dato' Hj Mior Mohd Jaafar on 53rd KL Scout small reunion Dis 2014
- Mohd rangzaib bin Abdul Maroof on Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL
- Mohd Saferi bin Hj Ahmad on Pengumuman: Berita tentang Cikgu Othman Kasim yang koma di HKL
- mohd razif on Semua bekas pelajar Ampang dipersilakan….
- Abdul Shukor Abdul Wahab on 53rd KL Scout small reunion Dis 2014
- Hanizam Hashim on Semua bekas pelajar Ampang dipersilakan….
- nasirruzaman abd rahman on Sejarah
- Zulhisam bin Wahid on Senarai ahli AROBA
- Zahed Baba on Sekitar Bowling AROBA 8 Feb 2014
- ABD RAZAK MOHAMAD RASAD on Sekitar Majlis Hari Raya ‘AidilFitri AROBA 2014
- Ahmad Nordin Bin Yusop on Album 4: Guru-guru yang hadhir MMM Ulangtahun 50 tahun Penubuhan Sekolah
- Nordin Othman on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- bahari on Foto 5 Sas. 1979
- che mohd salman on Kakitangan Sekolah Seri Ampang 1982
- Mohd Razi on Foto PBSM 1982
- mohd jaafar on 1970 Form 3A4
- Syazwan on Album 5: Antara pelajar SMKSA sekarang menjadi tetamu di MMM 50 tahun Penubuhan Sekolah Ampang
- Ramlan Abdul Ghani on 1970 Form 3A4
- HJ.SHAHARIL B. AMIRUDDIN on Form 2 DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun 1967
- HJ.SHAHARIL B. AMIRUDDIN on Form 2F Ms Chen Moi Moi 1964
- djmansor on Pengumuman media: Majlis Makan Malam Jubli Emas
- aroba on Tiket Majlis Makan Malam 50 Tahun boleh diambil mulai 10 Feb 2014
- mohamad senuan ahmad hariri on Tiket Majlis Makan Malam 50 Tahun boleh diambil mulai 10 Feb 2014
- Ismail Baharom on Keahlian AROBA
- Ismail Baharom on Keahlian AROBA
- Ismail Baharom on Keahlian AROBA
- djmansor on Berita Majlis Makan Malam Metro 24 Feb 2014
- Adnan M Yusoff on Backdrop MMM 50 Tahun
- Rosli Sulaiman on Reduan Abdullah, bintang bola sepak kebangsaan, bekas Pelajar Ampang 1964
- Nasirruzaman Abdul Rahman on Reduan Abdullah, bintang bola sepak kebangsaan, bekas Pelajar Ampang 1964
- Prof. Emeritus Ir. Mohammad Zainal bin Md Yusof on Jawatankuasa AROBA 2011-2012
- Mohd Hisham Bin Makhtar on Sekitar Bowling AROBA 8 Feb 2014
- Mohd Rizal Mohd Zin on Kelab Pertukangan 1988
- Khairudin Haji Abdullah on Foto 5 Sas. 1979
- kamarul hamid b abd karim on Tingkatan 5 1992
- Mohd fhaziereen on Kelab Pertukangan 1988
- nordin on Foto 5 Sas. 1979
- zulkiffli b ahmad on Sejarah
- norhalim abdul rahman on Foto 5 Sas. 1979
- norhalim abdul rahman on Foto 5 Sas. 1979
- jamaludin nasir on Tahniah kepada Dato’ Seri Abu Kassim di atas Anugerah Tan Sri dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Hj Salehuddin B. Hj Shamsuddin, bekas pelajar Ampang 1962
Tuan Hj Salehuddin B. Hj Shamsuddin adalah salah seorang bekas pelajar kumpulan pertama ARBS, bermula 1962.
Pihak AROBA merasa amat bertuah dapat bertemu dengan Tuan Hj Salehuddin kerana beliau masih menyimpan majalah sekolah ARBS yang pertama 1964 serta majalah sekolah 1965, 1966, dan 1967. Dalam lawatan pihak AROBA ke rumah beliau di Taman Tun Dr Ismail pada 26 Feb 2014, kita mendapati kesemua majalah koleksi masih dalam keadaan sempurna dan tidak rosak. Amat mengkagumkan. Beliau begitu cermat menjaga majalah berharga ini termasuklah beberapa keping foto hitam putih yang dirakamkan di sekolah. Pada bahagian belakang setiap sekeping gambar diletakkan label maklumat mengenai tajuk, masa, dan lokasi foto itu dirakam. Maklumat ini amat penting dan mempunyai nilai sejarah dan rujukan untuk mereka yang tahu menghargainya.
Tuan Hj Salehuddin di lahirkan pada bulan Mac 1949. Anak kepada seorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Perak dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur, beliau memulakan alam persekolahan rendah di Sekolah Melayu Perempuan Setapak KL (1956-1957), iaitu sesi petang yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Setelah itu beliau menyambung persekolahan di Sekolah Ren. Keb. Jalan Raja Muda, KL (1958-1960) dan Sekolah Keb. Gombak Lane, KL (1961).
Setelah tamat persekolahan rendah dalam aliran Melayu, beliau ikuti Remove Class di ARBS (beraliran Inggeris) yang menumpang di Cochrane Road Secondary School 1962 dan seterusnya pada tahun 1963 barulah beliau berpindah ke Ampang Road Boys’ School hingga 1967.
Beliau menceritakan catatan menarik semasa belajar di sekolah ketika itu apabila beliau dikecualikan dari mengambil bahagian dalam kelas senaman (PE) yang dibimbing oleh Mr. Yip. Pada mulanya Mr Yip memarahi beliau kerana tidak mengetahui bahawa kesihatan Tuan Hj Salehuddin tidak membolehkan beliau bersenam bersama pelajar yang lain. Apabila melihat surat keterangan doktor mengenai Tuan Hj Salehuddin, barulah Mr Yip memahaminya dan membenarkan beliau duduk di tepi padang. Pada tahun yang 1963, beliau pernah menemani ibunya ke Mekah menunaikan fardhu haji, tetapi kesihatannya terjejas sehingga terpaksa berada di wad hospital sementara menunggu ibunya menyempurnakan ibadah haji. Syukur Allah bersama dengannya dan beliau selamat pulang ke tanah air bersama keluarga selepas selesai ibadah haji.
Tuan Hj Salehuddin mempunyai minat yang tinggi dalam bidang lukisan dan bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Semasa di ARBS beliau menyumbang lukisan mural dan lukisan-lukisan lain kepada sekolah selain daripada menjadi pelajar yang aktif di sekolah; beliau pernah memikul amanah sebagai Bendahari Kesatuan Seni Foto, AJK Pertubuhan Bahasa Kebangsaan, dan AJK National Language Club. Beliau juga mempunyai bakat menulis yang baik serta pernah menjadi Pemenang Pertama pertandingan menulis karangan di sekolah dan karangan beliau disiarkan dalam majalah sekolah.
Apabila tamat persekolahan di ARBS, beliau menyambung pengajian Tingkatan 6 di
Cyma College sebelum berkhidmat sebagai Trainee Executive di firma Perunding Insuran tempatan dan antarabangsa. Beliau kemudian mengkuti kursus insuran di United Kingdom. Pengalaman beliau yang luas dan mendalam dalam bidang insuran dari tahun 1974 hingga 2008 telah menjadikan beliau seorang yang berwibawa dan akhirnya dilantik sebagai Vice President, Insurance Institute of Malaysia (1976 – 1979) dan AJK Insurance Brokers Association of Malaysia 1975 – 1990.
Berumahtangga dengan seorang pensyarah di Institut Perguruan di Kuala Lumpur, Tuan Haji Salehuddin dikurniakan tiga orang anak lelaki. Tuan Haji Salehuddin dan isteri mempunyai minat yang tinggi dalam bahan sejarah. Tuan Haji mempunyai hobi mengumpul stem dan sampul surat hari pertama sejak dibangku sekolah lagi. Koleksi sampul surat pertamanya masih dalam keadaan cantik dan amat baik. Beliau menceritakan bagaimana beliau akan sentiasa bergegas ke Pejabat Pos setiap kali stem baru dikeluarkan bersama sampul surat hari pertama. Semua sampul surat hari pertama beliau akan dipastikan dicop di pejabat pos pada hari pertama berkenaan. Inilah antara koleksi sampul surat hari pertama beliau.
Rumah Tuan Hj Salehuddin dipenuhi dengan buku-buku, dan termasuk dalam koleksinya, buku asal 1001 Nights yang sudah berusia lebih 70 tahun tetapi masih dalam keadaan baik dan boleh dibaca. Lebih menarik beliau masih menyimpan buku-buku arwah bapanya yang terkumpul semasa mereka sekeluarga berada di Ireland di awal tahun 50an. Malah tiket kapalterabang KLM ke Eropah pada tahun 1960an milik beliau juga masih disimpan dengan baik untuk kenang-kenangan. Selain daripada stem, sampul hari pertama, dan buku-buku, beliau juga mengumpul duit syiling dan duit nota lama Malaysia dan matawang lama dari luar negara.
Pihak AROBA merakamkan setinggi perhargaan kepada Tuan Hj Salehuddin yang bermurah hati meminjamkan majalah Pathfinder (1964-1967) dan koleksi foto lama yang berkaitan dengan sekolah untuk dimuatkan dalam blog AROBA. Kami akan memuatkan sebahagian besar foto-foto lama dari majalah berkenaan ke dalam blog AROBA. Sumbangan Tuan Hj Salehuddin kepada AROBA akan sentiasa dikenang dan semoga sumbangan Tuan Haji diberkati oleh Allah SWT.
Posted in PERSONALITI AROBA
Leave a comment
Khalid Ali, bintang bola sepak negara, bekas Ampang Boy
Abd Mohd Khalid Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali, bekas midfielder dalam pasukan bola sepak kebangsaan, dari tahun 1977 hingga 1983.
Beliau dilahirkan pada Mei 1957. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney 1, KL; pendidikan menengah di Ampang Road Boys’ School 1969-1971. Semasa di ARBS, mewakili negara dalam sukan bolasepak Asia di Bangkok dan Kuwait. Seterusnya beliau ke High School Setapak dan mewakili pasukan Selangor dalam Piala Burnley (Piala Razak. Mewakili pasukan bolasepak Selangor 1976-1985; Mewakili pasukan bolasepak Malaysia 1977-1985; Membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Moscow 1980; Kini usahawan dan pengkritik sukan.
Antara kejayaan manis itu termasuklah menganggotai skuad Malaysia bimbingan Karl Heinz Weigang yang menjuarai Kumpulan 2 selain koleksi enam gol yang dijaringkan Khalid sepanjang pusingan Kelayakan Asia tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Paling mengejutkan adalah bagaimana perubahan posisi Khalid dari back kanan ke midfielder bertahan yang dilakukan oleh Weigang, menjadikan dirinya cukup digeruni pemain lawan seperti Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Beliau adalah anak kelima daripada sembilan adik beradik itu baru berusia 22 tahun semasa kejohanan berlangsung, bergandingan mantap dengan Datuk Shukur Salleh di bahagian tengah selain Datuk Abdah Alif serta Bakri Ibni. “Saya memulakan karier dengan Selangor dalam Piala Burnley kemudian Piala Malaysia sebagai back kanan sejak tahun 1975 tetapi Weigang menukar posisi saya ke bahagian midfileder bertahan yang terus melekat sehingga saya bersara,” kata Khalid.
Khalid Ali menjaringkan hatrik bersama Hassan Sani ketika Malaysia membelasah Indonesia 6-1 selain dua gol ketika membenam Filipina 8-0 dan satu membolosi gawang Korea Selatan dalam kemenangan 3-0 untuk aksi liga. Namun seperti kesemua 19 rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, kemanisan itu bertukar pahit apabila Kerajaan Malaysia mengarahkan pemulauan Olimpik Moscow sebagai membantah percerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan
Piala Presiden Park 1977 di Seoul, Korea Selatan merupakan aksi sulung Khalid bersama skuad negara yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum memenangi tempat ketiga. Bersama Selangor, dia juga tidak pernah lekang dengan kejayaan seperti memenangi Piala Malaysia beberapa kali pada akhir era 70-an dengan menewaskan musuh tradisi, Singapura.
Khalid turut memiliki saudara bola sepak yang pernah menyarung jersi Selangor dan Malaysia seperti Hanafiah, Rahman dan Zainal Abidin Hassan. Khalid yang gemar berambut gaya afro ketika usia muda, sempat berkelana semusim ke Kuala Lumpur dari tahun 1981 hingga 1982 membantu pasukan tetangga Lembah Klang ini memenangi Piala Emas Raja-Raja. Kecederaan lutut yang dialami dalam satu pertandingan peringkat kelab telah memaksa Khalid menjalani perbedahan yang secara beransur-ansur membataskan prestasi terbaik pemain kelahiran ibu kota itu sebelum memilih untuk bersara pada tahun 1985.
Kini menjadi ahli usahawan dan pengkritik sukan tanahair.
Khalid Ali bersama Reduan Abdullah (bintang bola sepak negara) dan Razif Ismail (bintang bola sepak Selangor dan WP), semuanya bekas Ampang Boy.
Antara rujukan
http://raimi-90.blogspot.my/2016/01/legenda-bola-sepak-malaysia-khalid-ali.html
Posted in KENANGAN MANIS, PERSONALITI AROBA
Leave a comment
Tahniah! Awie, bekas Ampang Boy, mendapat Anugerah Datuk
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Vokalis kumpula Wings, Awie dianugerahkan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-86 bagi tahun 2017.
Awie, 48, menyifatkan penghargaan yang diberikan adalah permulaan yang baik sempena menyambut tahun baru dan rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.
“Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.
“Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.
“Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,” katanya sebagaimana lapor BH Online.
Sumber: BH Online
Posted in BERITA
Leave a comment