Pak Ngah, Datuk Suhaimi Mohd Zain

KOMPOSER & PENGARAH MUZIK: Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)

Penggubah muzik yang tidak asing lagi di tanahair terutama dalam mencipta lagu-lagu berirama Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1958 dan mula berjinak-jinak dengan bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Bakat dan kesungguhan beliau mendalami bidang ini terserlah apabila mendapat peluang menjadi pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) mulai tahun 1977.

Merintis jalan dari KBN, beliau mengumpul sebanyak pengalaman dengan mengikuti banyak kursus & seminar muzik di dalam dan di luar negara hingga yakin untuk menubuhkan syarikat sendiri dan berjaya menerbitkan album artis-artis terkenal tahanair.

Pengarah Urusan Pak Ngah Production Sdn Bhd (PNP) ini pernah menjadi Pengarah Persembahan Perarakan Citrawarna Malaysia 2003, Majlis Penutup Pesta Air Nasional di Lumut, Perak, Perak & Perlis, Perasmian F1 di Litar Sepang 2002, Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2002.

Pencapaian beliau dalam bidang seni antaranya, Komposer Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 2002 (Kategori Etnik Kreatif), Penerbitan Album Terbaik dalam Anugerah Indusrti Muzik (AIM) 2000, Anugerah Planet Muzik 2001 di Singapura, Komposer Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1999 (Kategori Irama Malaysia – Hati Kama nyanyian Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) dan Anugerah Belia Negara 1998.

Gubahan lagu-lagunya untuk pementasan teater bermula sejak di KBN lagi. Antara teater yang beliau pernah menerajui sebagai Pengarah Muzik ialah Malam Ini Penyu Menangis, Cindai, Tikar Mengkuang Seri Tegak Berlima, Rubiah & Muzikal Lantai T.Pinkie.

Petikan  daripada http://muzikaltunmahathir.blogspot.com/p/belakang-tabir.html

Info tambahan: Pak Ngah ada bekas pelajar ARBS. Beliau pernah mendapat Anugerah Khas AROBA.

Suhaimi Mohd Zain , dilahirkan pada 26 September 1958,  di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Jalan Gurney, Kuala Lumpur (1964-1969), Sekolah Menengah Jalan Ampang, Kuala Lumpur (1970-1975)

PROFESION: Pengarah Urusan Pak Ngah Production Sdn Bhd (PNP),Pengarah Persembahan Perarakan Citrawarna Malaysia 2003; Pengarah Persembahan Majlis Penutup Pesta Air Nasional di Lumut, Perak dan Perlis; Pengarah Persembahan Perasmian FI di Litar Sepang 2002; Pengarah Persembahan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2002

STATUS: Berkahwin dengan Sharifah Mahani Syed Kassim, dan memperolehi 2 orang anak.

PENCAPAIAN: Anugerah Jasa Setia Mahkota (JSM) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (2003); Anugerah Juara Lagu 2002 Dalam Kategori Etnik Kreatif Komposer Terbaik Lagu Nirmala nyanyian Siti Nurhaliza; Penerbitan Album Terbaik Anugerah AIM 2001 untuk Album Sahmura (Siti Nurhaliza); Anugerah Planet Muzik 2001 (APM) di Singapura untuk lagu Balqis (Siti Nurhaliza); Anugerah Juara Lagu 1999 Kategori Irama Malaysia Komposer terbaik lagu Hati Kama nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris; Anugerah Belia Negara 1998

This entry was posted in PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.

8 Responses to Pak Ngah, Datuk Suhaimi Mohd Zain

  1. Halek says:

    Tahniah kepada Pak Ngah. Kita akan cuba dapatkan gambar Pak Ngah deng Tuanku Bainun

  2. Hoe Yan Huat says:

    Dato please slim down,keutamakan kesihatan.get the whole family to join in your health and execise routine.

  3. that is great pak ngah ….satu idola utk saya yg citakan kebudayaan malaysia serta alam semula jadinya ,…..bnyak yg dapat sya pelajari utk reference sya …..i love u mlysia yg bnyak cerita utk paparan mereka diluar sana yg kehausan seni budaya……harap ada pelapis utk hala tuju seni kita….dari saya ……lan@becky dmgic…. 0129326484

  4. wan sukri says:

    Kenangan bersama Pak Ngah,
    KBN (KKBS), MATIC, Citra Warna, Hentian R&R Plus Utara Selatan ….

  5. Djmansor says:

    ” Senyum Manis Wajah Ceria, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera”, khas buat Pak Ngah dan semua Ahli AROBA walau di mana jua berada ketika ini.
    Doa dan harapan semoga Pak Ngah sihat dan diharap dapat melontarkan idea bernas bagi memartabatkan seni budaya bangsa.
    ” Sayang tebu patah sebatang, Sayang melati hanyut di sungai, Yang ditunggu sudahpun datang, Yang dinanti sudahpun sampai… itulah Pak Ngah” – Dj Mansor AROBA tetap di hati. 019-6622585.

  6. ABD AZIZ HAJI OTHMAN says:

    PERSATUAN DONDANG SAYANG NEGERI MELAKA INGIN MENGUNDANG PAK NGAH UNTUK MENUNJUK AJAR CARA PERMAINAN MUZIK DAN NYANYIAN
    DONDANG SAYANG MELAKA BIAR SERAGAM MELALUI SATU KURSUS INTENSIF SELAMA 2H+1M DISEBUAH HOTEL DI MELAKA SEKITAR BULAN OKTOBER 2013. JIKA PAK NGAH SUDI MEMBANTU, SILA HUBUNGI SAYA SEGERA MELALUI E-MAIL INI ATAU TEL: 019-6267887 UNTUK KAMI SEDIAKAN BAJET MENGURUS
    KURSUS INTENSIF INI. PESERTA YANG TERLIBAT: 30 ORANG SEMUANYA.
    HJ. ABD AZIZ – PENGERUSI PERSATUAN INI.

  7. ABD AZIZ HAJI OTHMAN says:

    SAYA INGIN MENGUNDANG PAK NGAH UNTUK KENDALIKAN KURSUS INTENSIF BERMAIN MUZIK DAN MENYANYI LAGU DONDANG SAYANG BIAR SERAGAM BUNYINYA. JIKA SUDI, SILA TEL SAYA 019-6267887 HJ. ABD AZIZ (PENGERUSI PERSATUAN DONDANG SAYANG NEGERI MELAKA)

  8. Mas Sabran says:

    Al-Fatihah Buat Pak Ngah Suhaimi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *