Lt. Kol. (B) Abdullah bin Dolmat (PGB) bekas Ampang Boys

Lt. Kol. (B)  Abdullah bin Dolmat, (410826) adalah bekas pelajar sekolah  Ampang (1964-1969).

Beliau mula berkhidmat sebagai tentera di dalam Regimen Askar Melayu DiRaja sebagai menuruti jejak langkah ayahnya menjadi anggota  pasukan keselamatan. Berasal dari Jasin, Melaka, diahirkan pada 4 Februari  1951, beliau merupakan anak yang ketiga daripada lapan orang adik-beradik. Bapa  beliau yang bernama Hj. Dolmat bin H). Abdul Latif merupakan anggota pasukan  keselamatan dan ibunya yang bernama Widaseh binti Darjo yang berasal dari Indonesia.

Mendapat pendidikan awal di  Sekolah Jalan Gurney 2 Kuala Lumpur dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Jalan Ampang Kuala Lumpur hingga ke Tingkatan Lima. Kemudian meneruskan pengajiannya di peringkat Diploma Sains Pengurusan dan akhir sekali dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA,  1 Wales).

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tunku Zakiyah Bte Tunku Muhd Rus yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan dan dikurnia dua orang puteri, Wan Dalina dan Wan  Allena.

Dalam susur galur kariernya, beliau bermula sebagai seorang pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah mengikuti Latihan Kadet Jangka Pendek Panggilan ke 18 di Maktab Tentera DiRaja pada Mei 1970. Beliau kemudiannya ditauliahkan sebagai seorang  pegawai muda pada 6 Mei 1971 ke Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang  herpangkalan di  Kepala Batas. Alor Setar, Kedah.

Beliau telah diamanahkan  satu tugas yang amat penting dalam karier beliau apabila mengetuai Operasi Cincang di kawasan Rantau Panjang, Sungai Moyan, Batu Kawa, Bahagian Pertama Sarawak pada 22 Oktober 1974 dan operasi ini telah membuahkan hasil yang cemerlang.  Di atas jasa dan keberanian beliau, Kol. (B) Abdullah Dolmat telah dianugerah Pingat Gagah Berani serta merta oleh D.Y.M..M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kelima, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Istana Negara.

Sila klik http://210.48.147.84/doc/abdullah_dolmat.pdf untuk membaca transkrip temubual antara pelajar UiTM dengan Lt. Kol. mengenai pengalaman beliau dalam Operasi Cincang di Sarawak 1974.

 

This entry was posted in BERITA, PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.

One Response to Lt. Kol. (B) Abdullah bin Dolmat (PGB) bekas Ampang Boys

  1. ABDULLAH BIN DOLMAT says:

    Itu lah saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *