Datuk Seri Abu Kassim Mohamed

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed adalah bekas pelajar sekolah Ampang (ARBS) dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960. Beliau mengikuti persekolahan di ARBS dari 1972 hingga 1976. Setelah tamat sekolah menengah, beliau menyambung pelajaran Universiti Sains Malaysia dan memperoleh  ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Michigan State University  di Amerika Syarikat dengan mendapat ijazah Sarjana Sains dalam bidang keadilan jenayah.

Mulai 1 September 1984 beliau dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan di BPR Cawangan Sibu. Kemudian dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Kemudian dilantik sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.Penubuhan SPRM melalui Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Pada 4 November 2009 , Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya beliau dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Bekas pelajar sekolah Ampang dan pelajar sekolah Ampang yang sedang belajar amat berbangga dengan pencapaian salah seorang bekas pelajar sekolah Ampang ini.

This entry was posted in PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *