Prof. Emeritus Ir Mohammad Zainal Bin Md Yusof

prof  mohamad zainalProf. Emeritus Ir Mohammad Zainal Bin Md Yusof

Beliau adalah kumpulan pelajarARBS  1965-1969, dan sempat belajar di bawah dua Guru Besar iaitu Encik Yong Kee Ming dan Mr. Fenandez dan Senior Assistant Mr Samuel.

Beliau  pernah menganggotai majlis pengawas dan menyandang tugas Setiausaha Kehormat pada 1969. Semasa di ARBS, beliau pernah mewakili sekolah dalam pasukan debat (Malay Section), hoki dan bola tampar, selain dari menyandang Ketua pasukan Rumah Biru pada 1969.

Selepas tamat sekolah Ampang, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda (1976) dan sarjana (1980) di Universiti of Strathclyde, United Kindom.  Ketika bertugas di UTHM, pernah menjawat Ketua Program,  Pusat Pengajian Siswazah (2000-2002), Timbalan Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Lama) (2002-2004), dan Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (2004-2006).

Sekarang beliau bertugas sebagai professor kontrak di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sehingga Mac 2015. Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh jurnal kebangsaan dan antarabangsa. Email beliau: mdzainal@uthm.edu.my. Maklumat lanjut boleh didapati  di http://community.uthm.edu.my/mdzainal

video prof mohd zainal

Lihat Video ini:

This entry was posted in PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *