Sumbangan: Topatalam
Kuala Lumpur, 12 Julai 2014: Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sepertimana tahun-tahun lalu, AROBA mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim. Tahun ini Majlis diadakan di Pak Ngah Production Cafe. Sekitar 30 orang telah hadir bagi meraikan Majlis berkenaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh ahli AROBA, Ustaz Abu Bukhari, Imam Nikah AU Keramat, disusuli dengan berbuka puasa dan solat maghrib di Cafe. Setelah selesai makan malam, solat Isya dan Taraweeh pula disempurnakan secara berjamaah.
Majlis di akhiri dengan sesi sumbangan sedeqah kepada Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih dan Rumah Anak Yatim Baitul Kasih oleh AROBA dan sebuah badan NGO yang diwakili oleh Ahmad Shufaat. AROBA telah berjaya mengumpulkan sedeqah dari ahli AROBA sebanyak RM4000.00 dan menyumbang sebanyak RM2000.00 pada setiap Rumah Anak Yatim.
AROBA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma dan didoakan semoga Allah memberkati segala sumbangan dari ahli AROBA untuk anak-anak yatim. Terima kasih yang terhingga kepada Pak Ngah (Datuk Suhaimi) yang sudi menjadi tuan rumah kepada Majlis ini dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis berkenaan. Mudah-mudahan kita bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.
Pihak AROBA memohon jasa baik tuan untuk memberikan nama dan bilangan ahli/rakan yang akan hadiri majlis ini bagi tujuan penyediaan juadah berbuka. Jika anda ingin bersedeqah duit raya untuk anak-anak yatim juga dialu-alukan. Sila berikan maklumat kepada Hj Rusdi 019 387 6783. Terima kasih.
Pihak AROBA merakamkam penghargaan kepada Datuk Johari Abdul Ghani, Pengerusi UDA Holdings, di atas sokongan dan sumbangan beliau kepada pihak AROBA dalam menjayakan Majlis Makan Malam Sempena 50 Tahun Penubuhan SMKSA
YBhg Datin Halimah, bekas guru sekolah Ampang (1974-1976), kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tidak dapat hadir bersama dalam Majlis Makan Malam Sempena 50 tahun penubuhan SMKSA walaupun pada awalnya bercadang untuk hadir. YBhg Datin banyak membantu AROBA menyampaikan maklumat mengenai perkembangan AROBA dan Majlis Makan Malam tersebut kepada DYMM Tuanku Bainun, bekas guru sekolah SMKSA. YDP AROBA En. Ibrahim Alias dan Setiausaha Kehormat AROBA Hj Khairuddin Abdullah telah sempat menziarahi YBhg Datin dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan di atas segala sumbangan beliau kepada AROBA.