Prof Ahmad Zaki di sebelah kiri bawa bendera Malaysia dengan Sarjan Sabtu Kadir dan sebelah kanan Dr Zulkifli.
Sumbangan: Prof Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar
Prof Ahmad Zaki di sebelah kiri bawa bendera Malaysia dengan Sarjan Sabtu Kadir dan sebelah kanan Dr Zulkifli.
Sumbangan: Prof Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar
Email: profzaki@utem.edu.my, profzaki@yahoo.com
Reduan Abdullah, bekas pelajar Ampang 1964 (ARBS),
Memulakan persekolahan di Baru Road Primary School, Kuala Lumpur, kemudian ke sekolah menengah di Ampang Road Boys’ School (ARBS), Kuala Lumpur. Selepas tamat sekolah, beliau mula bermain bola mewakili Selangor melawan boca junior, bermain bersama Maradona.
Menjadi pemain bola sepak Selangor 1972-1985 dan pemain bola sepak Malaysia 1973 -1978.
Beliau memakai Jersi No.6 untuk Gergasi Merah Kuning di antara tahun 1972-1986.
Beliau adalah antara bintang bola sepak negara yang bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan bersama Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun, dan Khalid Ali. Kini menjadi jurulatih pasukan bola sepak Perlis.
Sumbangan: Sebahagian foto dari Reduan Abdullah
Prof. Emeritus Ir Mohammad Zainal Bin Md Yusof
Beliau adalah kumpulan pelajarARBS 1965-1969, dan sempat belajar di bawah dua Guru Besar iaitu Encik Yong Kee Ming dan Mr. Fenandez dan Senior Assistant Mr Samuel.
Beliau pernah menganggotai majlis pengawas dan menyandang tugas Setiausaha Kehormat pada 1969. Semasa di ARBS, beliau pernah mewakili sekolah dalam pasukan debat (Malay Section), hoki dan bola tampar, selain dari menyandang Ketua pasukan Rumah Biru pada 1969.
Selepas tamat sekolah Ampang, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda (1976) dan sarjana (1980) di Universiti of Strathclyde, United Kindom. Ketika bertugas di UTHM, pernah menjawat Ketua Program, Pusat Pengajian Siswazah (2000-2002), Timbalan Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Lama) (2002-2004), dan Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (2004-2006).
Sekarang beliau bertugas sebagai professor kontrak di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sehingga Mac 2015. Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh jurnal kebangsaan dan antarabangsa. Email beliau: mdzainal@uthm.edu.my. Maklumat lanjut boleh didapati di http://community.uthm.edu.my/mdzainal
Lihat Video ini:
AJK AROBA telah mengadakan mesyuarat mingguan, setiap hari Sabtu 930 – 1130 malam sejak bulan September 2013 hingga sekarang 8 Feb 2014 bagi persiapan mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Ulangtahun Penubuhan Sekolah Ampang 50 Tahun (1963-2013).
Semua mesyuarat telah diadakan di Bohemia Gallery Kg Baru. En Ibrahim Alias selaku YDP telah bermurah hati sejak dahulu lagi memberikan ruang pejabat Bohemia Gallery untuk mesyuarat AJK AROBA. Mesyuarat persiapan MMM ini dijangkan akan terus diadakan hingga saat akhir sebelum 15 Mac 2014 iaitu tarikh MMM.






