Sekitar Mesyuarat Agung AROBA ke 10

Tahniah dan terima kasih kepada semua bekas pelajar Ampang yang berkesempatan hadir dalam Mesyuarat Agong AROBA ke 10 di dewan sekolah Ampang pada 20 Mac 2011. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau nama terkenalnya Pak Ngah.  Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan jayanya serta tamat 12.30 tengahari.

Pada perjumpaan kali ini, Datuk Ir. Abdul Kadir Din, CEO IWK ketika ini, telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas AROBA di atas jasa dan sumbangan beliau dalam memajukan AROBA. Anugerah khas ini disampaikan oleh Pak Ngah. Tahniah kepada Datuk Ir. Abd Kadir Din.

Setiap tahun apabila AROBA mengadakan Mesyurat Agung Tahunan, kita akan dapati ada bekas pelajar Ampang muncul satu demi satu dari masa ke semasa. Pada kali ini kita bertuah kerana En. Nurainal Noordin, bekas pelajar 1964-1968,  iaitu antara pelajar lepasan Tingkatan 5,  batch pertama sekolah ini, turut sama dalam mesyuarat kali ini. Beliau ditemani  adiknya Coach Hasril Noordin, bekas pelajar Ampang 1971-1975,  yang kini bertugas di Universiti Malaya. Kita berharap akan dapat menjejaki lebih ramai bekas pelajar Ampang selepas ini.

Klik foto untuk saiz besar.

Berita dan foto-foto lain akan dilaporkan dalam sedikit masa lagi.

Posted in BERITA, GALERI FOTO | 1 Comment

Jika ada kelapangan…..19 Mac 2011

Jika bekas pelajar Ampang ada kelapangan pada 19 Mac 2011, Sabtu, AROBA menjemput anda untuk sama-sama membantu mengemaskini Dewan sekolah mulai 3 ptg bagi persiapan Mesyuarat Agung Tahunan AROBA ke 10 pada 20 Mac 2011 (9pg-1230tgh).

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

AROBA di Majlis Akur Janji SMKSA

SMKSA menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Majlis  Akur Janji pada 11 Mac 2011 di Dewan sekolah bagi tujuan memusatkan tumpuan minda, emosi, dan sikap pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM untuk tahun 2011.

Majlis Bacaan Yaasin bermula jam 730pg dan dipimpin oleh Ustaz Nurrol AqmarUstaz dari SMKSA. Majlis behenti rehat dan kemudian disambung dengan Majlis Akur Janji yang melibatkan calon-calon yang akan mengambil peperiksaan penting pada tahun ini. Presiden AROBA, En. Ibrahim Alias, Ustaz Abu Bukhari (bekas pelajar Ampang dan kini bertugas sebagai jurunikah di kawasan Keramat AU), En. Rosli  Sulaiman serta Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (UKM) turut sama hadhir selain daripada En. Sabri Ali, YDP PIBG sekolah bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada calon-calon.

Setelah Puan Guru Besar memberi ucapan alu-aluan dan nasihat kepada pelajar, Dr. Supyan telah dijemput untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar. Majlis diakhiri dengan pelajar berdiri dan membuat ikrar Akur Janji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan pada tahun ini. AROBA mendoakan pelajar-pelajar Ampang akan terus  berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik di SMKSA ini. Selamat maju jaya!

Klik foto untuk saiz besar

Posted in BERITA | Leave a comment

Sekitar Majlis Hari Raya AROBA 2010

Klik foto untuk saiz lebih besar

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Sekitar Mesyuarat Agung 2010

Klik foto untuk saiz lebih besar

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Majlis Bacaan Yaasin dan Motivasi

Tarikh: 11 Mac 2011 Jumaat pagi. Pihak SMKSA menjemput bekas pelajar Ampang yang sudi bersama dalam Majlis Baca Yaasin dan Ceramah Motivasi bermula 8 pg. Bacaan Yaasin akan dipimpin oleh bekas pelajar Ampang dan ahli AROBA. Sila hubungi Presiden, En Ibrahim atau SU Hj Khairuddin untuk sahkan kehadiran sebelum 9 Mac 2011. Terima kasih
Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Foto 1970 Form 3

Klik foto untuk saiz besar

Nama Guru Ms Francis. Ramlan B. Ag di barisan depan duduk paling kanan.

Sumber foto: Ramlan B. Ag

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Foto 1969 Form 4

Klik foto untuk saiz besar

Guru Kelas:  Mr Gupta. Mustaza B. Ag (Barisan belakang 3 dari kiri). Duduk 2 dari kanan – suami Dian P.Ramlee – Sdr Md Amanti Ahmad.

Sumber foto: Ramlan B. Ag

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Foto 1971

Klik foto untuk sazi besar


Enam dari kiri barisan belakang – Sdr Ariffin, anak kepada Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud (Seniman lagenda). Ramlan barisan depan paling kiri. 

Sumber foto: Ramlan B Ag

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Foto 1972 Form 5A2

Klik foto untuk saiz besar

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment