AROBA di Majlis Sukan Tahunan SMKSA ke 46

Tahniah kepada SMKSA yang telah berjaya mengadakan Majlis Sukan Tahunan pada 9 April 2011 di padang Komplek Sukan Kg. Pandan.

YBhg Datuk Johari Bin Abdul Ghani, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT), telah sudi merasmikan Majlis Sukan Tahunan SMKSA 2011. Pihak YPT telah membiayai kos sewa padang sukan pada tahun ini.

[Foto: YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani sedang bersalam dengan kontinjen sukan, diiringi oleh Puan Naemah Hassan Nordin, En Ibrahim Alias Presiden AROBA,  dan Encik Saberi Ali Yang Dipertua PIBG SMKSA, Sumber: http://joharighani.blogspot.com/2011/04/sukan-smk-seri-ampang-kali-ke-46.html]

AROBA  telah menghadiahkan dua piala kepada pihak sekolah untuk menjayakan Majlis Sukan Tahun kali ini iaitu Piala Olahragawan dan Piala Pusingan.


[Foto: Presiden AROBA En. Ibrahim (no. 2 dari kiri)  bersama YBhg Datuk Johari Bin Abdul Ghani (tengah) serta YDP PIBG SMKSA (paling kiri) bertemu pelajar yang mengambil bahagian dalam Majlis Sukan Tahunan 2011. Sumber: Facebook SMKSA]

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *