Sejarah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai  Shaw Road Afternoon Secondary School  dengan permulaan sesi petang pada tahun 1963 dan sesi petang ini menumpang di Sekolah Jalan Shaw Kuala Lumpur. Pada tahun 1963, nama sekolah ini diberi nama Ampang Road Boys’ School sebelum berpindah ke Batu 3 Jalan Ampang. Pada tahun 1964 sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya di Jalan Ampang, iaitu tapak sekolah yang ada ketika ini. Pada tahun 1975, nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Sri Ampang, dan akhirnya  pada tahun 1989, sekali lagi nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang hingga hari ini.

logo sekolah ampang

SEJARAH AROBA

AROBA telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Jan 2001 seperti dicatatkan dalam surat rasmi Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

surat daftar aroba

 

Di peringkat awal, AROBA dipimpin oleh Major Mior Rosli yang dipilih sebagai YDP AROBA pertama dan dibantu oleh beberapa bekas pelajar Ampang, dan JK AROBA pertama ini telah berjaya mengadakan satu Majlis Makan Malam di Hotel Maya pada tahun 2001.

Majlis Makan Malam ini http://aroba.com.my/2007/12/07/dinner-aroba-2001/ adalah aktiviti rasmi AROBA bagi mengumpulkan bekas pelajar sekolah Ampang untuk menggerakkan akti AROBA. Bagaimanapun, sambutan yang kurang menggalakkan daripada kalangan bekas pelajar Ampang telah menjadikan AROBA pasif sementara sehingga tahun 2006.

Pada awal tahun 2006, beberapa orang bekas pelajar Ampang mendesak agar dihidupkan kembali aktiviti AROBA dan akhirnya melantik Ibrahim Alias sebagai YDP pada tahuan 2006.   Dengan kerjasama bekas pelajar Ampang dari pelbagai peringkat, AROBA telah aktif semula dan berjaya menambah ahli sehingga mencecah 450 orang. Susulan dengan kejayaan ini, AROBA terus mengadakan:

  • Mesyuarat Agung Tahunan sejak 2006 hingga sekarang
  • Majlis Berbuka Puasa setiap tahun
  • Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri setiap tahun
  • Pertandingan Golf  setiap tahun
  • Pertandingan Bowling
  • Menghadiri majlis rasmi sekolah
  • Memberi motivasi dan merasmi majlis dan hari ko-kurikulum

LAMAN WEB AROBA

Laman web ini diusahakan secara sukarela dan ditaja oleh bekas-bekas pelajar bemula September 2007. Ia didaftarkan di MIMOS (MYNIC).

Lagu ARBS

“THE SCHOOL SONG OF AMPANG ROAD BOYS’ SCHOOL” (1964-1977)

Lirik : En Yoong Knee Meng, Pengetua (1964-1967)

Lagu : Pn Lim Kheng Hon

Ampang Road Boys School,
Here Thou Art Alma Mater Dear
We will always play the game
For the honour and good name
We will always learn with zest
For we want to do our best
True and loyal we will be
To our king and country
We will always strive for success

A.R.B.S., A.R.B.S.

Lagu Sekolah Ampang

“SERUAN NUSA” (1978 – sekarang)

Lirik : Tuan Syed Jaafaar Al-ldrus

Sekolah Seri Ampang
Tempat kami semua berjuang
Menjunjung azam kami semua
Berkhidmat untuk Negara
Kekalkan perpaduan
Kami sedia berkorban
Untuk mencapai kejayaan
Di masa hadapan
Bangunlah semua
Sedarkan kita Sahutlah seruan nusa
Ilmu di dada tidak dipersia
Kita pastikan berjaya

Pengetua 

  • Encik Yong Kee Ming
  • Mr. Fenandez
  • Mr Merothra
  • En. Mustafa

 

ARBS di wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ampang_Road_Boys’_School

SMKSA di wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seri_Ampang,_Kuala_Lumpur

 

24 Responses to Sejarah

  1. Nasruddin Bin Omar says:

    Saya mencari kenalan lama yg bersekolah di A.R.B.S pada tahun 1973 kelas 3 AG 3..Form teacher Mrs Chan..

  2. Kathryn Thilashini says:

    Salam Perpaduan, saya merupakan seorang pelajar SMKSA dan berada di tingkatan 6 atas sekarang. Kami dari pihak majalah sekolah (PERINTIS) ingin memaparkan ruangan mengenai sejarah sekolah. Selain daripada info ini, adakah lagi info tentang sekolah ini yang boleh diperoleh.

    • DSH says:

      Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanya. Selain daripada maklumat yang dimuatkan di sini, kami cadang supaya saudari wawancara dengan bekas pelajar 1964 seperti Hj Adnan,bekas pelajar (1970) dan juga Presiden AROBA dan/atau bekas Ketua Sekolah Ir Abdul Kadir Din 1975, yang kini adalah CEO IWK. Jika saudari berpeluang menemubual Tuanku Permaisuri Perak yang ada sekarang adalah teramat baik kerana Tuanku Permaisuri pernah mengajar di sekolah ini di awal permbukaan sekolah ini.

  3. Kathryn Thilashini says:

    Terima kasih atas info yang diberikan. Saya pasti akan cuba sedaya upaya untuk mencari masa bagi menemubual salah seorang daripada yang dinyatakan.

  4. Abdul Fatah Daud says:

    saya mencari kawan tingkatan 5 tahun 1983

  5. Bahtiar Ahmad says:

    Tahniah dan syabas diatas kerja2 murni saudara serta AJK AROBA. Saya pelajar sekitar tahun 1969-1972 mencari2 kwan2 lama. Saya juga bekas pengakap 53rdKL bersama Mejor (B)Mior Rosli (my junior).Aktive juga dalam sukan bolasepak, takraw, tae kwon do dan gymnastic di peringkat sekolah. Kekawan yg masih ingat seperti, Manaf Mamun (takraw – lipat maut), Aris Mahmud’ Parun bola sepak.
    Saya syorkan kalau bolih dapat gambar lama dari school magazine since inception of the school uploaded untuk menarik minat ex untuk bertemu semula…wasalam

    • Ramlan Abdul Ghani says:

      Kalau tak silap Sdr Bahtiar sama batch dgn saya . Saya ada download gambar kelas dlm website Aroba.

    • Nasirruzaman Abd Rahman says:

      Salam Bakthiar, sya ada send satu keping gambar bertarikh aug 1972 pengakap kumpulan 53 kita kepada moderator website ini utk posting dlm laman ini… maybe bro leh kenal yg lain2…… FB zamanrahman@gmail.com

    • Chong Ah Lai says:

      Hello Bahtiar !!! Can you remember me ?? 5A2 – 1972, Taekwondo gang..together with Goh Sook Guan, Cheong Han Seng, Tan Boon Chong dll…

  6. Shamsuddin Mohamed Said says:

    Salam dan ucapan syabas dan tahniah kepada saudara AJK yang telah berusaha dalam menjayakan misi yang penuh bermakna ini.

    Saya adalah bekas pelajar tahun 1967 – 1970 (tingkatan 2 – 5). Aktif semasa tingkatan 3 dalam debate English inter-class (1968) dan juga mewakili sekolah dalam kejohanan sepaktakraw antara sekolah tingkatan 3. Juga menyertai talentime yang dianjur pehak sekolah.

    Kawan2 seangkatan yang maseh ingat bolehlan menghubungi saya di 013-303 2339.

  7. Sharifuden Mohammad Dom says:

    Salam sejahtera. Bekas pelajar 81 – 85 boleh melawat laman Facebook ARBS 81/85 terima kasih

  8. Basri Aman says:

    Bekas pelajar SMKSA dari tahun 1972 – 1976.
    basriaman@yahoo.com Boleh berhubung dengan saya di e mail di atas.

  9. Mohd Ali bin Hj. Osman says:

    Assalamualaikum,
    Jutaan tahniah buat AJK AROBA yang bekerja keras mengujutkan web site nie.
    Saya ingin mendapatkan maklumat yang terkini khasnya untuk pelajar yang seangkatan dengan saya. SSA (1976-1980).
    Saya juga adalah anggota kadet polis dibawah sarjan Azman Long.
    AlFatihah buat ayahanda beliau yang kembali kerahmatullah. Dapat kiranya semua yang mengenali saya, menghubungi saya ditalian 012-6431119 atau melalui email yang tertera diatas.

    Terima Kasih.

    Mohd Ali bin Hj. Osman
    Senior Security Executive.
    AlloyMtd.

  10. zulkiffli b ahmad says:

    Assallammuallaikum
    saya bekas murid tahun 1982-1987 tingkatan 5 sastera 2 guru kelas Pn Wong mencari kenalan yang mengingati saya.Sempat bertemu guru Othman Kassim.

  11. Roslan Mohammad...a.k.a Lan Panjang says:

    SALAM KENAL KEPADA SEMUA, TERUTAMA SEKALI AJK AJK YANG BANYAK MEMBANTU BAGI MENJAYAKAN AROBA….SAYA ARBS PADA TAHUN 1968 -1973. 5A3.
    SAYA BOLEH DIHUBUNGI MELALUI 016 4764954…

    AMAT BERHARAP DAPAT BERTEMU SEMALAM DGN CLASSMATE LAMA..

  12. Zulkiffli Bin Mohd says:

    I was there from 1969-1973. Form 5A2(Add Gen Science). My form teacher : Mrs Ong. My MCE trial was a promising one… Grade : A, with an Agg of 12. But my actual MCE was a 2nd Grader with 25 agg. Manage to enter St John Institution at form 6 level. In July 1974, UPM accepted my application to further studies in Dip of Agric UPM… the rest is history. I can be contacted at +60122841060

  13. ABDUL SALEEM BIN ABDUL HAQUE says:

    Saya batch tahun 85-89 .. boleh sesiapa terang kan ttg logo sekolah gambar helang..apa maksud nya

  14. Saya cohort 65 -69 ,Form 1-5

Leave a Reply to Ramlan Abdul Ghani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *