Catatan Dialog Terbuka AROBA 3, 2008

23 Ogos 2008. Perjumpaan ramah mesra dan dialog terbuka AROBA kali ke 3. Di kediaman-kedai Sdr Shaharudin, No. 53 Jalan Mahadi off Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru (berhadapan sedikit dengan Klink Bandaraya Kg. Baru; klik untuk peta) pada hari Sabtu 23 Ogos 2008, 8-10 malam. Jamuan makan ditanggung oleh AROBA. Semua ahli AROBA dijemput hadir. Antara perbincangan kita kali ini ialah Majlis Berbuka Puasa, Majlis Hari Raya, dan Bowling Tournament. Anda juga boleh memberikan cadangan tarikh, tempat, dan bentuk ketiga-tiga program yang akan dibincangkan. Kepada ahli AROBA yang berminat untuk menabur jasa dan memberi khidmat bakti sebagai ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi menjayakan mana-mana program AROBA adalah dihargai.

Pada sesi dialog pertama di Bukit Antarabangsa, hanya 32 bekas pelajar telah hadir. Manakala, di sesi kedua di Kg. Baru, seramai 52 orang telah hadir. Kita harapkan kehadiran minima 50 orang dapat dikekalkan!

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *