AROBA di Majlis Akur Janji SMKSA

SMKSA menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Majlis  Akur Janji pada 11 Mac 2011 di Dewan sekolah bagi tujuan memusatkan tumpuan minda, emosi, dan sikap pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM untuk tahun 2011.

Majlis Bacaan Yaasin bermula jam 730pg dan dipimpin oleh Ustaz Nurrol AqmarUstaz dari SMKSA. Majlis behenti rehat dan kemudian disambung dengan Majlis Akur Janji yang melibatkan calon-calon yang akan mengambil peperiksaan penting pada tahun ini. Presiden AROBA, En. Ibrahim Alias, Ustaz Abu Bukhari (bekas pelajar Ampang dan kini bertugas sebagai jurunikah di kawasan Keramat AU), En. Rosli  Sulaiman serta Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (UKM) turut sama hadhir selain daripada En. Sabri Ali, YDP PIBG sekolah bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada calon-calon.

Setelah Puan Guru Besar memberi ucapan alu-aluan dan nasihat kepada pelajar, Dr. Supyan telah dijemput untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar. Majlis diakhiri dengan pelajar berdiri dan membuat ikrar Akur Janji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan pada tahun ini. AROBA mendoakan pelajar-pelajar Ampang akan terus  berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik di SMKSA ini. Selamat maju jaya!

Klik foto untuk saiz besar

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *