Sekitar Mesyuarat Agung AROBA ke 10

Tahniah dan terima kasih kepada semua bekas pelajar Ampang yang berkesempatan hadir dalam Mesyuarat Agong AROBA ke 10 di dewan sekolah Ampang pada 20 Mac 2011. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau nama terkenalnya Pak Ngah.  Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan jayanya serta tamat 12.30 tengahari.

Pada perjumpaan kali ini, Datuk Ir. Abdul Kadir Din, CEO IWK ketika ini, telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas AROBA di atas jasa dan sumbangan beliau dalam memajukan AROBA. Anugerah khas ini disampaikan oleh Pak Ngah. Tahniah kepada Datuk Ir. Abd Kadir Din.

Setiap tahun apabila AROBA mengadakan Mesyurat Agung Tahunan, kita akan dapati ada bekas pelajar Ampang muncul satu demi satu dari masa ke semasa. Pada kali ini kita bertuah kerana En. Nurainal Noordin, bekas pelajar 1964-1968,  iaitu antara pelajar lepasan Tingkatan 5,  batch pertama sekolah ini, turut sama dalam mesyuarat kali ini. Beliau ditemani  adiknya Coach Hasril Noordin, bekas pelajar Ampang 1971-1975,  yang kini bertugas di Universiti Malaya. Kita berharap akan dapat menjejaki lebih ramai bekas pelajar Ampang selepas ini.

Klik foto untuk saiz besar.

Berita dan foto-foto lain akan dilaporkan dalam sedikit masa lagi.

This entry was posted in BERITA, GALERI FOTO. Bookmark the permalink.

One Response to Sekitar Mesyuarat Agung AROBA ke 10

  1. Mior Rosli says:

    check out my fb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *