Brig. Jen. Yusri Haji Anwar

Beliau adalah anak jati Kuala Lumpur.  Bekas pelajar SMKSA (1972-1997). Mula berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia 1978 sebagai Pegawai Kadet, dan tauliah sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Artileri Diraja 1979.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan, antaranya termasuklah Ketua Seksyen, Pegawai Pemerintah di 31 RAD., Jurulatih Guneri Artileri Pertahanan Udara di School of Artillery, North Head Manly, New South Wales, Australia (1995-1997) melalui Skim Pertukaran Jurulatih Malaysia-Australia Joint Defence Programme (MAJDP).

Beliau juga pernah dimanahkan pelbagai jawatan di Jabatan Arah Artileri  dan Timbalan Panglima GAPU sebelum menjadi Penasihat Pertahanan Malaysia di India (Dis 2005-2011).

Kemudian dilantik sebagai Brigedier Jeneral awal 2011 dan Panglima GAPU ke 3 pada Jun 2011.

Sepanjang perkhidmatan beliau dalam tentera, beliau telah mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negara. Beliau memiliki Advance Diploma in Business Management dari Swansea University, Wales, dan Masters in Management Studies in Human Resources dari New South Wales *UNSW), Australia. Pernah mengikuti kursus Wolfson and Management Programme di Cambridge University, United Kingdom selama satu semester (2004). di bawah tajaan Sime Darby.

Semoga kejayaan Brig. Jen. Yusri Haji Anwar menjadi inspirasi kepada pelajar yang sedang menuntut di sekolah Ampang khususnya

This entry was posted in BERITA, PERSONALITI AROBA. Bookmark the permalink.