AROBA merafak sembah menghadap DYMM Tuanku Bainun

Foto Kunjungan AROBA ke Istana Perak KL 2013

[Dari kiri ke kanan: Datin Halimah Ahmad, bekas guru sekolah petang (1975-1976), Tuan Haji Khairuddin Abdullah, Prof Madya Dr. Supyan Hussin, Ms June Leong, Bekas Guru Penyelia Petang ARBS (mula khidmat 1964), Brid. Jen. Dato’ Yusri Hj Anwar, YM Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah, En. Ibrahim Alias, DYMM Permaisuri Raja Perak Tuanku Bainun, Datuk  Ir. Abdul Kadir Md Din, Major (B) Hj Mior Rosli Bin Dato’ Hj Mior Mohd Jaafar, dan Dato’ Aziz Ishak]

25 Jun 2013. Kuala Lumpur. Pada hari ini wakil AROBA telah mengunjungi istana Sultan Perak di Kuala Lumpur bagi merafak sembah bertemu dengan DYMM Permaisuri  Raja Perak, Tuanku Bainun Mohd Ali.

Dalam sesi perbualan bersama DYMM Tuanku, yang turut ditemani oleh Ms June Leong dan  Datin Halimah Ahmad serta puteri Tuanku, Raja Eleena, pelbagai kisah nostalgia yang menarik ketika Tuanku berkhidmat sebagai guru di ARBS/SSA telah diimbas semula dan dikongsi bersama. Ketika itulah kegembiraan, keharuan, kebanggaan serta rasa teruja  terbayang pada wajah Tuanku mendengar kisah suda duka, pahit manis, dan kejayaan yang telah ditempah oleh bekas-bekas pelajar sekolah Ampang dalam bidang masing-masing.

Tuanku juga mengungkapkan beberapa kisah menarik pertemuan yang tidak diduga dengan ramai bekas pelajar  yang berkhidmat di dalam kerajaan dan swasta serta yang menceburkan diri dalam perniagaan di dalam dan luar negara. Dalam pada itu, Tuanku juga tidak pernah lupa bertanya khabar mengenai bekas-bekas guru ARBS/SSA yang pernah mengajar bersama Tuanku dan mengenai kedudukan sekolah Ampang ketika ini.

Rombongan AROBA berkesempatan berkongsi maklumat mengenai sejarah AROBA, aktiviti AROBA dan hasrat AROBA untuk melaksanakan beberapa projek bagi membantu pihak sekolah untuk jangka masa panjang. Sebelum berpisah, AROBA menyatakan hasrat menjemput Tuanku ke Majlis Makan Malam sempena ulangtahun penubuhan sekolah 50 tahun.

Pertemuan semula dengan Tuanku Bainun dan Ms June Leong adalah suatu rahmat bagi bekas pelajar yang pernah mendapat tunjukajar, nasihat, dan panduan dari guru yang mengajar mereka lebih 40 tahun yang lalu. Melihat dan mendengar kisah-kisah kejayaan anak didik sekolah Ampang menimbulkan rasa satu kepuasan yang tidak terhingga pada bekas guru-guru sekolah Ampang. Semoga Tuhan memberkati segala usaha guru-guru kita kerana mendidik kita menjadi manusia yang sedar akan harga sebuah kehidupan. Amin.

um aroba 2013

 

Utusan Malaysia 26 Jun 2013.

merafa sembah tuanku bainun 25613b merafak sembah tuanku bainun 25613a

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *