Azemi Abdul Aziz : Pupuk generasi peka sejarah

Oleh Umar Mohd Tawil

am@hmetro.com.my

AZEMI ABDUL AZIZ / ARKIB NEGARA

Kuala Lumpur: Menyedari semangat cintakan negara semakin berkurangan, terutamanya dalam kalangan remaja, Arkib Negara Malaysia mengambil langkah bijak menjalin kerjasama strategi bersama pusat beli-belah terkemuka, NU Sentral bagi menjayakan program berunsurkan patriotisme, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Arkib Negara Azemi Abdul Aziz berkata, langkah itu dilihat sebagai usaha menerapkan nilai patriotisme dalam diri setiap warga Malaysia berikutan semangat ini masih rendah walaupun pelbagai usaha sudah dilaksanakan oleh pihak berwajib.

“Penganjuran pameran merdeka ini menjadikan program patriotisme sebagai platform untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat supaya generasi muda lebih peka terhadap sejarah kemerdekaan negara melalui karya seni unik sekali gus dapat memahami erti sebenar sebuah kemerdekaan.

“Walaupun pada zaman ini sering dilaungkan slogan globalisasi dan dunia tanpa sempadan, tetapi semangat patriotik dan cintakan tanah air perlu dipupuk khususnya dalam konteks negara kita Malaysia,” katanya di Pejabat Arkib Negara, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 6:41 AM

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93580#sthash.mmeuDRTq.dpuf

* Beka pelajar Ampang 1973-1978

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *