Tahniah kepada Dato’ Seri Abu Kassim di atas Anugerah Tan Sri dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

thumbnail_20130601130435Sempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada 2 Jun (Ahad) 2013, Dato’ Seri Abu Kassim telah menerima anugerah gelaran Tan Sri dari DYMM Yang Di-Pertuan Agong

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengikut Seksyen 5 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) atas nasihat Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Dalam melaksanakan fungsinya sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pesuruhjaya bagi aktiviti Operasi, Pengurusan & Profesionalisme dan Pencegahan. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed adalah merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang ini. Beliau tamat pengajian persekolahan di Ampang Road Boys’ School Kuala Lumpur pada tahun 1976 sebelum mengikuti pengajian ijazah Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang mulai bulan September 1984 dengan memulakan kariernya sebagai seorang Pegawai Penyiasat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia dan pada tahun 1989 beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Criminal Justice di Michigan State University, Amerika Syarikat.

Selepas itu, karier beliau berkembang sehinggalah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perancangan dan Ko-ordinasi Dasar pada tahun 1999, diikuti pelantikan sebagai Pengarah BPR Negeri Perak pada 2000 dan seterusnya Pengarah SPRM Pulau Pinang pada tahun 2003. Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Pengarah Akademi Latihan Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang ketika itu baru ditubuhkan. Beliau berkhidmat di MACA sehingga bulan Mac tahun 2005 dan selepas itu berkhidmat pula di Amanah Raya Malaysia sebagai Chief Integrity Officer. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (1) SPRM sebelum dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Januari 2010. Selain pencapaian yang membanggakan dalam perkembangan karier beliau, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed turut menonjol pelbagai aktiviti dan rangkaian hubungan dalam bidang pencegahan rasuah dalam dan luar negara.

Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed adalah ahli dalam INTERPOL Group of Experts on Corruption (IGEC) sejak 1997. Beliau juga terlibat dalam proses penyediaan Kod Etika bagi Code of Ethics for Law enforcement ~ a Best Practices Guide for INTERPOL Members dan Global Standard to Combat Corruption in Police Services. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed juga telah membentangkan banyak kertas kerja berkaitan pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa, antaranya “The Fight Against Corruption: A Collaborative Approach Between MACC and MACA in Combating Corruption” pada 78th INTERPOL General Assembly Session di Singapura pada tahun 2009. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) dan Ahli Lembaga Penasihat Akademik bagi International Anti Corruption Academy di Vienna, Austria.

Pada tahun 2010, Ethisphere Institute telah menamakan Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh dalam etika perniagaan. Penilaian tersebut dibuat berdasarkan peranan menonjol beliau dalam inisiatif pencegahan rasuah khususnya dalam tadbir urus Kerajaan dan penguatkuasaan. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed ketika ini adalah Pensyarah Sambilan di Fakulti Pendidikan dan Sosial Sains, Universiti Industry Selangor (UNISEL) dan Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Selain itu, beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah bagi Institut Integriti Malaysia (IIM) serta ahli Panel Penasihat bagi Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia( SSM).

Posted in BERITA | 1 Comment

Jom main Golf AROBA 2 Jun 2013 Bangi Golf Resort

W2G-Bangi-Golf-ResortSemua ahli dan kenalan AROBA dijemput bersama bermain golf di Bangi Golf Resort. Mula jam 2 ptg. Yuran RM150.00 sahaja termasuk pool dan makan. Sila hubungi AJK AROBA untuk keterangan lanjut.

 

Posted in PENGUMUMAN | Leave a comment

Sekolah Ampang sambut Jubli Emas 50 tahun penubuhan

50 years

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang KL kini sudah berusia 50 tahun.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan dikenali sebagai Shaw Road Afternoon Secondary School  kerana menumpang di Sekolah Lelaki Jalan Shaw sebelum berpindah ke Batu 3 Jalan Ampang.

Setelah berpindah ia diberi nama Ampang Road Boys’ School (ARBS). Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Seri Ampang (SSA) pada tahun 1974. Pada tahun 1989, sekali lagi nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (SMKSA).

Pihak sekolah dengan kerjasama akan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena ulangtahun penubuhannya 50 tahun. Majlis Makan Malam ini dicadangkan diadakan pada bulan Oktober 2013. Pihak penganjur sedang beruasaha untuk menjemput  DYMM Tuanku Bainun, Permaisuri Raja Perak, untuk turut sama mencemar duli ke majlis ini.

Jika ada idea dan cadangan untuk pengisian Majlis Makan Makan tersebut, sila hantarkan hubungi ahli pihak dan JK AROBA.

 

Posted in PENGUMUMAN | 2 Comments

Malam Unggun Api Pengakap Sekolah 1984

scout 1984 unggun api

Malam Unggun Api Kumpulan Pengakap Pertama Setapak Sekolah Seri Ampang Tahun 1984 ..

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Majlis Penyerahan Kem Kota Raja kepada Wilayah Persekutuan 1984

scout 1984

Majlis Penyerahan Kem Kota Raja, Jalan Gurney dari Selangor kepada Wilayah Persekutuan pada tahun 1984 ..,. bersama Guru Penasihat Kumpulan Pengakap Pertama Setapak, Sekolah Seri Ampang, Cikgu Rahmat Sarbini

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Tingkatan 3IA Selatan 1984

3 IA Selatan 1984

Bersama Guru Tingkatan Mr Chow

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

Reunion X-SSA 1980-1984, 1 May 2010

SSA 190 1984 May

Majlis Re-Union Bekas Pelajar Sekolah Seri Ampang tahun 1980-1984 (X-SSA80-84) Kali Ke-2 pada 1.5.2010 di Dewan Orang Ramai Flat Seri Keramat, Jalan AU1/1A.

 

Posted in REUNION | Leave a comment

Reunion SSA 1980-1984

SSA 1980 1984

Gambar Re-Union Bekas Pelajar Sekolah Seri Ampang Tahun 1980-1984 (X-SSA80-84) kali Pertama pada 10.10.2009 di Dewan Orang Ramai AU1, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.

Posted in REUNION | Leave a comment

Kelas 3 Seni Perusahaan 1 – Tahun 1990

1990 3 IA 1 Satria, Azare Mohamad,Azudin Ramli, Saifulrizan Bin Mohd Ramadzan, Ahmad Nazril, Azmi Aazir, Kamarul Hamid Abd Karim, Asrul Pala, Kc Lee, Fazrul Khasim, Ryne Daniel, Mohd Azman Shah,Tommy Izhar and Saiful Akbar Akbar.

Posted in GALERI FOTO | Leave a comment

1970 Form 3A4

1970 3A4

Arman, Jeofry Yusoff, Shamsuri Osman, Shahnam Hamid, Salehuddin, Rahmat, Salim and Haniff

Posted in GALERI FOTO | 3 Comments