Sekitar Majlis Berbuka Puasa AROBA 2011

Majlis Berbuka Puasa AROBA bersama anak yatim di SMKSA pada 20 Ogos 2011 telah berjalan lancar sebagaimana yang dijadualkan dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.

iftar2011 (7) iftar2011 (8) iftar2011 (9) iftar2011 (10) iftar2011 (11) iftar2011 (17) iftar2011 (16) iftar2011 (14) iftar2011 (13) iftar2011 (12) iftar2011 (18) iftar2011 (20) iftar2011 (19) iftar2011group arobaiftar20115 arobaiftar201115 arobaiftar20113 iftar2011 (1) iftar2011 (2) iftar2011 (3) iftar2011 (4) iftar2011 (6)

Majlis tradisi ini pernah dijalankan beberapa tahun di sebuah restoran bekas pelajar Ampang di Kg Baru tetapi pada kali ini majlis yang tidak sepertinya ini diteruskan bagi meraikan anak yatim. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengetua, Guru SMKSA, dan Persatuan Agama Islam SMKSA dan diadakan dikantin sekolah yang mana pengusaha kantin sekolah juga adalah bekas pelajar Ampang.

Solat maghrib, Isya, dan Taraweh telah disempurnakan di Dewan ATMA SMKSA dan disusuli dengan pemberian sumbangan wang hari raya kepada anak-anak yatim dari sebuah pusat anak yatim Gombak serta anak yatim yang sedang belajar di SMSKA.

Ribuan terima kasih kepada Indah Water Konsortium dan Pak Ngah Production yang menjadi penyumbang utama dalam Majlis ini. Terima kasih juga kepada ahli AROBA yang telah memberi sumbangan serta hadir bagi menjayakan majlis ini. Rakaman penghargaan juga kepada Pengetua, Guru SMKSA, Persatuan Agama Islam SMKSA di atas kerjasama diberikan. Semoga sumbangan anda akan mendapat keberkatan dan balasan yang sewajarnya dari Allah SWT.

Diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang Majis seperti akan menjadi lebih meriah dan sentiasa diberkati.

This entry was posted in BERITA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *